Saturday, July 17, 2010

Tumpat - Pelajar hilang seminggu

TUMPAT - Gara-gara terpengaruh dengan ajakan rakan yang bermalam di rumahnya, seorang pelajar Tingkatan Dua nekad melarikan dirikan diri melalui pintu belakang dengan meninggalkan sepucuk surat di atas tilam seminggu yang lalu di Kampung Padang Rokma, di sini.

Kehilangan mangsa, Anni Najwa Adnan, 14, menyebabkan ayahnya, Adnan Mustafa, 47 jatuh sakit kerana merinduinya. Manakala ibu mangsa, Sarina Isa, 42, berkata, dia kini buntu untuk menjejaki anaknya kerana usaha menghubungi telefon rakan anaknya yang dikenali Ilham, 16, dijawab orang lain yang mengaku anaknya dengan mengatakan berada di beberapa buah negeri termasuk Johor, Kuala Lumpur, Gua Musang dan akhir sekali di Melaka.

Sarina berkata, dua hari sebelum Anni Najwa melarikan diri, dia pulang ke rumah selepas waktu persekolahan bersama Ilham yang turut membawa beg pakaian dikatakan untuk bermalam di rumah ini. “Saya tidak syak apa-apa pada rakannya, dan melayan seperti tetamu, namun ada bertanya kepadanya mengenai rakannya yang mahu bermalam di rumah kami. “Ketika Ilham berada di rumah ini, rakannya, Fatin, 17, jiran kami turut datang ke rumah ini tetapi tidak bermalam,” katanya.

Bagaimana pun, menurutnya, kejadian kehilangan anaknya disedari kira-kira jam 7 pagi apabila anaknya, Aini Najatul Afida, 16, (kakak mangsa) mengejutkannya memaklumkan Anni Najwa dan Ilham tiada di tempat tidur di ruang tamu rumah. Katanya, dia yang bergegas mencari mereka dan mendapati pintu dapur rumahnya terbuka lalu meminta Aini Najatul Afida ke rumah Fatin, untuk mencari mereka berdua selepas menemui sepucuk surat di atas tilam. “Aini Najatul Afida sempat terserempak dengan Anni Najwa dan Ilham di rumah Fatin, tetapi apabila dia berpatah balik untuk memberitahu saya, mereka berdua melarikan diri,” katanya yang memaklumkan jarak rumah Fatin kira-kira 20 meter dari rumahnya.

Menurutnya, dia ada membaca surat yang ditinggalkan oleh Anni Najwa yang menghargai layanannya dan menyatakan dia tahu dirinya anak tiri dan meminta menjaga anak-anak lain dengan baik. “Saya tidak tahu kenapa dia menyatakan dirinya anak tiri, sedangkan saya yang melahirkannya,” katanya.

Menurutnya, sejak kehilangan anaknya itu, pelbagai usaha dilakukan untuk menjejakinya sehingga ke Kuala Krai kerana mendapat tahu mereka berada di sana, namun tidak berhasil.
“Kehilangan anak saya itu sudah dilaporkan di Balai Polis Wakaf Bharu selepas 24 jam kehilangannya dan sesiapa ada terjumpa anak saya ini boleh menghubungi di talian 013-9586897,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Khalid Munap mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan remaja terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah sekitar Wakaf Bharu.

Sinar Harian (Kelantan)

1 comment:

  1. budak ni bodo nk mapuh..
    xhargai pngorbanan mok pok

    ReplyDelete

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...