Friday, April 29, 2011

Satu Lagi CD Klip Di Temui

KUALA LUMPUR 30 April - Anggota Parlimen Kapar, S. Manikavasagam hari ini membuat laporan polis selepas mendakwa menerima sampul surat mengandungi cakera padat (CD) video seks membabitkan pelaku mirip Ketua Pembangkang di Kapar, Klang semalam.

Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira 10.30 pagi ini untuk membuat laporan polis itu, sebelum beredar keluar setengah jam kemudian.

"Semalam saya melawat pejabat Pusat Khidmat Parlimen Kapar. Saya mendapati satu surat telah diterima yang dialamatkan kepada saya dan bertanda pos negara Thailand.

"Saya mendapati ada satu CD di dalamnya dan selepas menonton, video ini sama dengan video yang ditayangkan oleh kumpulan Datuk T di Carcosa Seri Negara.

Oleh itu, saya meminta siasatan dibuat terhadap mereka yang menyebarkan CD ini,” katanya kepada pemberita. - Bernama

----

Kalu tulisan di Klip tu ada tulisan Urdu, rasa2 tanda pos dari India pulak kan?

Demam polis nak gi cari kes kat Siam, risau gak..kang terjumpa banyak 'klip' yang perut 'tak sama'. Tambahan pulak, 5 soalan dari Eskay tak berjawab dah.

Thursday, April 28, 2011

Fast Five (2011)

Fast Five 2011

Download :

Download Here

"Saya Bersumpah Lelaki Itu Anwar"- Eskey

KUALA LUMPUR 28 April - Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini bersumpah atas nama Allah bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan oleh beliau adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shazryl Eskay berkata, beliau sedar akan azab yang bakal dilaluinya di hari akhirat kelak jika tuduhan tersebut adalah fitnah, tetapi beliau yakin dia berada di pihak yang benar.

Pada masa yang sama, beliau menjemput Anwar untuk bersama-sama dengannya bagi melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, selepas solat Jumaat esok. - Utusan

Wednesday, April 27, 2011

Kejanggalan Pada Klip 1 dan Klip 2

yang jaggal atau sangsi (bulat merah) ialah pada jam (timing) dan tulisan siam - yg boleh di edit.
yang tak janggal ialah yg dibulat hijau - yg tak boleh di edit.

Kelantan : 16 Days Without Water

Bo lah, bue kok re lain pulop


Masuk hari ini, Khamis 28 April 2011, sudah 16 hari ketiadaan air. Sana sini kedai makan yang menggunakan air paip AKSB terpaksa di tutup. Krisis tahun ini lebih teruk dari tahun lepas dan tahun sebelumnya.

Petugas pengutip bil dah lama tak nampak muka. Tak boleh salahkan dia dan jangan marahkan dia sebab dia hanya pengutip bil. Jika ke pusat aduan, mereka akan jawab 'kelemahan pengurusan atasan'.

Cukup-cukup la tu menyalahkan pihak lain untuk menutup kelemahan sendiri. Kalau benda basic macam air dah tak boleh urus, camna nk urus negara.

"Sampai bila nak pegang amanah, Tuhan dan tunjuk yang orang 'tu' tak mampu dan tak layak lagi memegang amanah".

Bukan Anwar

KUALA LUMPUR 27 April — Satu lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet.

Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.

Klip video tersebut dimuat naik hari ini di dalam laman ‘Youtube’ dan laman web blogger Papagomo, www.papagomo.com kira-kira 1.30 tengah hari, hari ini.

Usaha menghubungi pihak pengurusan Polis Diraja Malaysia untuk mendapatkan komen gagal.

Sebelum ini pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet.

Sebelum ini, tiga individu yang menggelarkan diri mereka “Datuk T” telah mendedahkan kewujudan video seks yang didakwa mereka membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang. — Bernama

---
Bukan Anwar sebab perut tak sama tu..

Tuesday, April 26, 2011

Suara Keadilan 'Kenakan' Haron Din?


KUALA LUMPUR 27 April – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menafikan ada mengeluarkan kenyataan bahawa membaca Utusan Malaysia sebagai haram dari segi Islam seperti mana yang dilaporkan oleh akbar Suara Keadilan.

Menurutnya, beliau langsung tidak menyentuh bahawa membaca Utusan Malaysia haram sebaliknya mengulas apabila ditanya mengenai berita-berita yang tersebar di negara ini.

"Saya diminta mengulas mengenai berita-berita yang kini tersebar di media massa dan elektronik. Sepanjang ulasan, saya langsung tidak sebut secara khusus seperti dilaporkan Suara Keadilan membaca Utusan Malaysia adalah haram.

"Itu bukan perkataan saya, kita perlu adil kepada semua, saya sendiri baca Utusan, tak kan saya baca saya kata haram. Sebaliknya saya ulas soalan yang ditanya berasaskan kepada al-Quran," katanya di sini hari ini. - Utusan

Pembinaan Jambatan Manek Urai






Saturday, April 23, 2011

Bukan Anwar La...

Ada peribahasa ‘Siapa makan cili, dia rasa pedas’, ‘cubit paha kiri, paha kanan sakit juga’ dan ‘berani buat berani tanggung’.

Cukup simple dan mudah maksudnya.Memang sengaja tiga peribahasa ini digunakan bagi menyorot kembali isu video seks babitkan seorang lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah satu Malaysia tahu.

Ketua Pembangkang itu bukan sahaja menafikan dengan alasan perut lelaki yang melanggan pelacur China itu ‘boroi’ tetapi membuat laporan polis terhadap penayangan video itu oleh Trio Datuk T.

Baguslah tindakan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ada pihak ingat Anwar ‘sudah makan cili’ tetapi dengan laporan tersebut, beliau mahu membuktikan bukan beliau rasa pedasnya.

Akhirnya siasatan polis menjurus kepada perbuatan Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Easkay Abdullah dan Datuk Shuaib Lazim.

Peliknya, apabila Anwar sudah menafikan pembabitkan beliau maka tidak perlulah panglima-panglima PKR ambil peduli pasal siapa lelaki dalam video itu.

Lagipun, lelaki yang melanggan pelacur itu dikatakan tidak boleh didakwa kerana itu bukan kesalahan kecuali perbuatan moral yang memalukan sahaja.

Bagaimanapun, pemimpin AMK buat juga laporan qazaf kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Laporan itu bagi membolehkan siasatan mengikut lunas-lunas agama Islam dengan trio Datuk T perlu mengemukan bukti empat saksi yang melihat lelaki yang mengadakan hubungan seks dalam video itu.

Kesannya Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin, Ketua AMK Wilayah Persekutuan Mohd Hamdi Mohd Said dan Ketua AMk Cabang Batu Rozen Md Rasip dipanggil memberi keterangan kepada JAWI.

Selain itu, selepas Berita Harian mendedahkan mengenai sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan telah menganalisis serta mengesahkan pelaku dalam video itu sepadan dengan Anwar, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail pula melatah.

Maka ada yang bertanya kenapa panglima-panglima Anwar berbuat demikian sedangkan Anwar kata bukan beliau dalam video itu.

Rupa-rupanya ada yang jawab, ‘cubit paha kiri, paha kanan sakit juga’.

Agendadaily turut geleng kepala dengar macam-macam teori pasal video seks ini.

Terbaru, Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali pula dalam twitternya minta pimpinan pembangkang berhati-hati beri kenyataan kepada media yang dikuasai UMNO.

Wajar buat kenyataan media bertulis elak manipulasi, katanya.

Azmin barangkali respons dengan laporan beberapa media hari ini (Sabtu) terutama Utusan Malaysia yang petik kenyataan Setiausaha PAS, Datuk Mustafa Ali yang kata parti itu akan buat ketetapan baru mengenai hubungan PAS dalam pembangkang selesai siasatan kes video tersebut.

Azmin bertweet tanya, apakah benar Mustafa keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan dan DSAI. Rakyat tuntut penjelasan.

Siapa sebenarnya yang perlu beri penjelasan?

Agendadily yang bertanya Mustafa dalam sidang akhbar di ibupejabat PAS sama ada PAS mahu mengkaji semula hubungan dengan PKR dan pembangkang jika siasatan mendapati lelaki dalam video itu memang Anwar.

Mustafa menjawab tidak mahu membuat andaian tetapi jelas berkata, PAS hanya akan putuskan soal hubungan parti itu dalam pembangkang selepas keputusan kes babitkan Anwar terutama isu video seks selesai siasatan.

Video penuh semasa Mustapha menjawab soalan itu juga disiarkan dimana beliau ada menyatakan hal berkenaan.

Selain Agendadaily , Utusan, The Star, Berita Harian, Sinar Harian dan Malaysiakini.com turut melaporkan perkara sama.

Peliknya, Mustafa pada Sabtu keluar kenyataan menafikan apa dilaporan tersebut.

Minta maaf lah Datuk, bukan satu media melaporkan tetapi banyak.

Mustahil semua wartawan yang hadir sidang media PAS semalam, silap lapor dan tidak dengar apa Datuk cakap.

Janganlah, ‘berani cakap tak berani tanggung’ jadilah macam trio Datuk T yang berani tanggung akibat ekoran pendedahan tersebut.

Soalnya sejak bila PAS yang gembar gembur satu dunia ia parti Islam takut pada KEBENARAN.

Juga apakah nanti jika benar terbukti secara sahih lelaki dalam video itu adalah Anwar...sanggupkah PAS kata no problem...bisa dimaafkan...kita boleh terima orang yang moralnya begini.

Namun melihat riak PAS yang turut sama tergila-gila nak ke Putrajaya mungkin kelak semua bisa diatur.

Siapa tahu bos-bos PAS boleh keluarkan fatwa baru yang menghalakannya.

Ada yang berkata cuba bayangkan jika kes video itu melibatkan mana-mana pemimpin UMNO.Pasti PAS ,PKR dan DAP yang terkinja-kinja melalak sampai nak pecah langit minta siasatan segera dijalankan untuk kenalpasti aktornya.

Semua rakyat Malaysia sedang melihat sandiwara hipokrit ini.

Ini adalah antara rentetan terkini dapat disorot dalam kes Anwar.

Ketika Anwar menafikan, pemimpin PKR kepanasan dalam menangani isu itu.

Malah, PKR barangkali sudah kecut perut jika apa dimaksudkan Mustafa bahawa PAS akan tentukan semula hubungan dengan pembangkang selepas siasatan selesai jadi kenyataan.

Benarlah, tanpa PAS, PKR mahupun Anwar boleh melupakan niat menawan Putrajaya dalam PRU ke 13 nanti.

Bagi PAS pula, sama ada Mustafa main silap mata, tetapi sebenarnya dalam parti itu sudah ramai bersungut mahu pernikahan haram PAS,PKR dan DAP dibubarkan.

Bagi orang ramai pula mereka ingin tengok kesudahan isu video seks ini untuk mengetahui siapa makan cili, siapa pahanya sakit dan siapa kena tanggung! -

23/4/2011-
OLEH ROSLAN BIAN
Agenda Daily

Stok Penimbal - Setuju(?)

KANGAR: Kerajaan mengkaji cadangan mewujudkan stok penimbal beberapa bahan makanan, termasuk ayam bagi menjamin bekalan sentiasa mencukupi selain menstabilkan harganya sesuai dengan situasi global sekarang.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengemukakan kepada kerajaan cadangan terbabit yang memerlukan kajian mendalam, termasuk aspek ketahanan barangan berkenaan.

Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK, Mahani Tan Abdullah, berkata cadangan mewujudkan stok penimbal bagi bahan makanan seperti kacang soya, jagung dan ayam adalah antara pelan jangka panjang bagi memastik bekalan sentiasa mencukupi walaupun ketika keadaan darurat.
"Walaupun masih di peringkat kajian, cadangan stok penimbal beberapa bahan makanan seperti dilakukan ke atas beras tetap diberi keutamaan. Ia membabitkan kos tinggi bagi memastikan stok simpanan tidak rosak," katanya merasmikan penutup Program Kepenggunaan `Isu Kenaikan Harga Barang' di sini, hari ini.

Beliau berkata, keadaan semasa global termasuk bencana alam di beberapa negara pengeluar makanan antara faktor mewujudkan stok penimbal perlu disegerakan bagi memastikan bekalan makanan sentiasa berada di pasaran tempatan dengan harga stabil. Selain itu, katanya, pihaknya mengambil langkah jangka panjang untuk memastikan bekalan bahan makanan terjamin melalui perjanjian jangan panjang (LTC) dengan beberapa negara pembekal utama untuk kepentingan rakyat.

"Sebagai contoh, menerusi LTC kita dapat menstabilkan harga gula untuk keperluan domestik walaupun harga gula mentah di pasaran global meningkat secara mendadak," katanya

Friday, April 22, 2011

Anwar Start Sakit Belakang Dahh...

Agenda Daily

Ramai yang telefon Kawan pagi Jumaat dok gebang bila dapat tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim batal lawatan dua hari ke Pulau Pinang.Ikut ceritanya alasan kononnya sakit belakangnya berulang.

Bukan apa...depa dok garu kepala hairan sebab nampak Pak Sheikh bukan main ligat lagi kempen di Sarawak baru-baru ini.

“Masa dia marah wartawan TV3 dalam sidang akhbar di Kuching , tak nampak pulak muka orang sakit belakang,” sindir salah seorang dari mereka.

Dia merujuk kejadian Anwar hilang sabar bila wartawan wanita tu yang berulang kali tanya mengenai jam Omega yang dikaitkan dengan kes video seks.

Menurut kawan itu lagi, Anwar bukan saja kempen sakan di Sarawak. Dia cabut ke pada hari pilihanraya negeri Sarawak berlangsung.

“Masa di London, Anwar tweet bukan main happy lagi, tengok bola di stadium Emirates milik pasukan Arsenal,”

“Masa itu tak ada pulak cerita sakit belakang,” kata kawan tu.

Balik saja Malaysia tiba-tiba terus sakit belakang. Ada kawan-kawan yang dakwa depa cukup master dengan ‘gelagat’ Anwar kata dia tu sakit bila mula rasa ‘goyang’.

Ada juga teori yang berlegar dikalangan kawan-kawan repoter bahawa Anwar tidak mahu menghadiri program di Pulau Pinang sebab nak elak kena ulas mengenai laporan di Berita Harian pasal dia.

Ikut laporan itu analisis biometrik yang dibuat oleh sebuah syarikat penyiaran Korea Selatan lelaki dalam video seks itu sepadan dengan Anwar Ibrahim.

Analisis yang dibuat berdasarkan perincian saiz tubuh Anwar dalam rekod polis dengan lelaki dalam video seks tu.

Difahamkan antara kaedah yang digunakan bagi membantu siasatan dan pengecaman individu dalam rakaman itu ialah melalui sistem biometrik (mesin imbasan diri berkomputer).

Petang Jumaat Kawan baca kenyataan dikeluarkan oleh PKR balon akhbar Berita Harian kerana siar cerita tu.

Parti tu juga pertikai kredibiliti analisis yang dibuat oleh syarikat tu kerana dakwa mesti dah kowteam dengan polis Malaysia.

Dalam bab ni Kawan malas nak komen sebab dah boleh agak kalau analisis itu dibuat oleh agensi perisikan terkenal dunia seperti FBI,KGB,Scotland Yard,CIA atau mungkin Bangsa-Bangsa Bersatu sekalipun depa akan nafi dan pertikai.

Esok ni kalaulah DNA pada jam Omega kata menang sah DNA Anwar pun depa kata temberang.

Esok lagi kalau Datuk Eskay (Datuk Trio) tunjuk SMS Anwar minta simpan jam Omega tu pun depa boleh tuduh SMS tu palsu.

Esok dan esok lagi kalau pelacur China yang dikatakan pelajar sebuah IPT swasta di Malaysia tunjuk pasangannya dalam video seks tu Anwar pun depa akan kata dia diupah.

Esok dan esok lagi dan esok lagi dan esok lagi kalaulah 900 orang dari 1,000 orang yang tengok video seks penuh kata cukup yakin itu Anwar sekalipun depa akan kata semua orang tu kelabu mata.

Sebab tu ada seorang kawan yang telefon masa dengan cerita saki belakang Anwar berulang langsung tak terkejut.Kawan yang mulut lazer ni kata ini babak baru ‘Drama King’.

Cuma dia harap janganlah nanti sampai ‘tuan direktor’ minta Anwar berpapah naik tangga bila ke mahkamah Isnin nanti sudahlah.

Mana mungkin orang yang sakit belakang ‘hayun’ China Doll tu.Tak gitu.


Kawan: tumpang gelak aje

TV Series : Chuck (Season 4 Episode 21)


Chuck S04EP21

Download :
Click Here

Sewa Lembu?


MENTERNAK haiwan sememangnya satu cabang perniagaan yang menguntungkan. Namun sebelum menceburi bidang tersebut, seseorang itu seharusnya mengetahui sepak terajang dalam bidang penternakan mahu pun perniagaan.

Tanpa ilmu dalam bidang-bidang tersebut, nescaya kita akan mudah diperkotak-katikkan oleh orang lain hatta rakan kongsi yang diharap-harapkan.

Kes minggu ini melibatkan Hamzah Abdullah, 60, dari Kuala Terengganu. hasratnya untuk bergiat dalam perniagaan menternak haiwan memberi pengalaman baharu dalam kehidupannya.

Kisahnya bermula apabila dia membeli tiga ekor lembu pada 2008. Memandangkan dia tidak berpengalaman mengurus dan memelihara haiwan itu, tanggungjawab tersebut diserahkan bulat-bulat kepada sebuah syarikat penternakan lembu.

Kedua-dua pihak bersetuju dengan dua syarat.

Syarat pertama ialah mengenakan kadar sewa RM4,500 setahun untuk ketiga-tiga ekor lembu itu.

Manakala syarat kedua, hasil pembiakan diserahkan kepada syarikat berkenaan.

Apa yang mengecewakan ialah perjanjian dimeterai hanya tinggal catatan di atas kertas apabila syarikat itu gagal membayar sewa yang sepatutnya.

Nekad untuk menghentikan urus niaga itu, warga emas tersebut menuntut semula bayaran RM25,000 daripada syarikat berkenaan.

Tuntutan tersebut adalah untuk menebus semula bayaran lembu-lembu yang disewakan kepada syarikat terbabit yang gagal memenuhi perjanjian.

Dalam kepayahan, dia sanggup datang ke ibu negara semata-mata untuk menyelesaikan tuntutannya di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Pada prosiding tribunal baru-baru ini, hasil kebijaksanaan Presiden TTPM, M. Suppiah, masalah itu berjaya diselesaikan dengan persetujuan bersama antara Hamzah dan wakil syarikat terbabit.

Wakil syarikat itu yang hanya mahu dikenali sebagai Normala berjanji menjelaskan keseluruhan bayaran tersebut tetapi memohon sedikit masa kerana syarikatnya mengalami kerugian sejak beberapa tahun lalu.

Buat permulaan, ujar Normala, syarikatnya akan menjelaskan bayaran tuntutan sewa RM4,500. Baki sebanyak RM21,000 pula akan dijelaskan secara ansuran sehingga Jun ini.

Suppiah kemudiannya menjelaskan, pengakuan Normala akan direkodkan dan diambil kira sebagai perintah tribunal.

Sekiranya syarikat tersebut gagal berbuat demikian, Hamzah boleh melaporkan kepada Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk tindakan lanjut.

~Utusan

Tuesday, April 19, 2011

Video Klip 3.26minit - Berapa Lama Boleh Bertahan?



Sistem Video 'panas' ini boleh digunapakai untuk mengenali persamaan wajah seseorang.

UMNO Kedah Buat Lawak.. hahahar


ALOR SETAR – Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa menanggung kenaikan bayaran cukai tanah daripada RM100,000 kepada RM1.8 juta sejak tahun 2008 berikutan tindakan kerajaan negeri menolak permohonan melanjutkan rebat yang diberikan selama dua tahun bermula pada 2006.

Sewaktu Kedah di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) pada 2006, UUM mendapat rebat sebanyak RM1.7 juta setahun dan untuk itu, pihak universiti hanya perlu membayar cukai tanah berjumlah RM100,000.

Pemberian rebat itu dilanjutkan pada tahun 2007 tetapi apabila pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang di bawah pimpinan Pas mengambil alih pemerintahan pada 2008, keistimewaan itu ditarik balik dan UUM terpaksa menjelaskan bayaran penuh sebanyak RM1.8 juta setahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjelaskan, isu rebat itu menunjukkan bahawa dakwaan cukai tanah kampus UUM seluas 1,061 hektar di Sintok naik 10 kali ganda sebenarnya tidak timbul.

Malah, katanya, kadar cukai bersamaan 20 sen sehektar itu munasabah dan antara yang terendah.

“UUM dapat rebat pada 2006 sebab mereka kekurangan duit, dan mesyuarat kerajaan negeri di bawah Menteri Besar ketika itu (Datuk Seri Mahdzir Khalid) memberi rebat.

---
Lain kali buat homework bebetul, asik bagi bola tangong je.
Ingat kat kisah pemuda UMNO Pulau Pinang, suruh Harakah minta maaf dalam masa 14 hari (rasanya kalau xsilap), bila harakah 'wat bodo', dia pulak 'maafkan' harakah atas dasar Islam dan Melayu. Dia ajak orang gaduh, lepas tu dia nak berdamai.

Nak tawan Kedah atau P.Pinang, tak perlu besarkan isu atau reka isu atau burukkan orang lain, apa kata ambil pendekatan 'buat kerja' atau lebih murni - "Menggandakan Kerja Untuk Rakyat".

Gadis Islam Berbogel Dalam Playboy


BERLIN - Selama ini, seorang gadis berusia 25 tahun berketurunan Turki yang menetap di sini, Sila Sahin menjadi contoh teladan tentang kelakuan baik wanita Islam moden dalam masyarakat berbilang budaya di Jerman, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang merupakan seorang aktres yang membintangi drama telenovela Jerman, Bad Times disenangi ramai peminatnya dan membuatkan keluarganya berasa bangga.

Namun, langkah terbarunya mengejutkan para peminatnya dan turut menyebabkan mereka yang rapat dengannya naik berang.

Beraksi berahi untuk kulit majalah Playboy Jerman dengan satu payu daranya terdedah, Sila sengaja mahu menyampaikan mesej yang jelas kepada keluarganya yang mengamalkan cara hidup Islam.

"Saya berbogel untuk Playboy kerana saya mahu bebas," kata Sila.

"Gambar-gambar ini merupakan bukti kebebasan saya daripada semua halangan yang terpaksa diikuti semasa zaman kanak-kanak saya," tambahnya.

Keluarganya, bagaimanapun, tidak dapat menerima perbuatan Sila dengan ibunya bertindak memutuskan perhubungan dengan aktres berkenaan.

"Ibu saya masih marah. Ia lebih sukar dengan datuk dan nenek saya, serta ibu dan bapa saudara saya," kata wanita jelita itu di laman web siri televisyen berkenaan.

Dia bagaimanapun, berjaya bercakap dengan ayahnya yang juga seorang pelakon.

Ayah Sila bimbang anak gadisnya akan dibenci bukan sahaja oleh masyarakat Turki di Jerman, tetapi oleh seluruh umat Islam akibat tindakannya.

Sila berkata, dia berbogel untuk majalah Playboy bagi menyeru wanita-wanita Islam yang selama ini hidup terkongkong dan tidak dibenarkan membuat pilihan, termasuk dalam menentukan calon suami serta keperawanan mereka, supaya bangkit untuk bersuara dan bertindak.

Tindakan Sila menjadikannya sebagai wanita Turki pertama yang berbogel untuk Playboy. Dia bagaimanapun kesal dengan tindakan keluarganya yang menyisihkan dirinya kerana isu tersebut.

Dalam satu wawancara, Sila merayu keluarganya supaya memahami punca dia membuat keputusan untuk bergambar tanpa seurat benang itu.

Aktres berkenaan turut merayu keluarganya supaya memaafkan dirinya.

"Saya berharap mereka (keluarganya) dapat memaafkan saya," kata Sila.

"Tolonglah terima saya semula," tambahnya. - Agensi

~Kosmo

------
Bila sebut Turki je, ingat anwar lari ke kedutaan Turki

Monday, April 18, 2011

Tok Pa Bersama Peniaga MPKB








Tok Pa bersama peniaga di Pasar Lama MPKB (16/4/2011)

Sunday, April 17, 2011

Siasatan Rakaman Video Seks Selesai

KUALA LUMPUR 17 April — Polis telah menyiapkan laporan siasatan rakaman video aksi seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin parti pembangkang mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

"Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).

"Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ditanya mengenai maklum balas syarikat pengedar jam Omega mengenai identiti pemilik jam tangan itu, Acryl berkata polis tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pengedar jam berkenaan memberi maklumat berhubung identiti pemilik jam terbabit.

"Kita tunggu sahajalah...kami tidak boleh paksa mereka untuk beri maklumat siapa pemilik jam tangan itu,” katanya.

Jam tangan itu merupakan antara dua barang bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan kepada polis oleh bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim bagi tujuan siasatan berhubung video itu. — Bernama

Polis Dah Serah Video Lelaki Y Kpd Jawi?

KUALA LUMPUR 16 April – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sedang menjalankan siasatan terhadap kes pendedahan rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang, baru-baru ini.

Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkembangan siasatan tersebut setakat ini.

“Saya akan membuat kenyataan dari minggu ke minggu berhubung siasatan yang dijalankan,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

----
abis la..

Saturday, April 16, 2011

Tok Pa Bersama Pemandu Teksi dan Kereta Sewa KB





Gambar 16/4/2011 : Tok Pa 'walkabout' ke stesen kereta sewa, Jalan Hilir, Kota Bharu

Analisis SPR bagi PRN Sarawak Ke 10


KUCHING, 17 April (Bernama) -- Berikut adalah analisis mengenai jumlah kerusi dan undi yang diperoleh oleh parti serta calon yang bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 yang diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

BN memenangi 55 kerusi dengan jumlah keseluruhan 372,379 undi.

DAP memenangi 12 kerusi dengan jumlah keseluruhan 134,847 undi.

Parti Keadilan Rakyat memenangi tiga kerusi dengan jumlah keseluruhan 117,100 undi.

Bebas memenangi satu kerusi dengan 41 calon yang bertanding atas tiket Bebas mendapat jumlah keseluruhan 20,064 undi.

Sementara itu, tiga parti tidak memenangi sebarang kerusi namun jumlah keseluruhan undi yang dikumpul ialah

1. SNAP 15,663 undi
,
2. PAS (9,719 undi)
dan
3. Parti Cinta Malaysia (2,895 undi).


Keputusan terakhir diterima ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus pada 11 malam.

Jumlah bilangan keluar mengundi 682,854 orang.

Peratus keluar mengundi 70 peratus.

Jumlah undi ditolak sebanyak 8,224 undi.

DUN mendapat undi majoriti tinggi ialah Bukit Assek iaitu 8,827 undi.

DUN mendapat undi majoriti paling rendah ialah Senadin iaitu 58 undi.

Jumlah calon yang hilang deposit kerana gagal mendapat satu per lapan daripada jumlah undi keseluruhan ialah 71 calon.

-- BERNAMA

Update : BN Menang 2/3

Tak rasmi BN dah menang 2/3.. jadi apa-apa keputusan rasmi, tunggu malam ini lah

BN tumbang di Krian

Dikatakan BN hilang lebih banyak dari majoriti 2006

PRN S'wak - Tak Rasmi setakat jam 4.30 ptg

4.17pm

Keputusan peti-peti undi awal menunjukkan undian masyarakat Cina tidak bulat kepada DAP seperti dijangkakan oleh pemerhati politik.

3.47pm

PKR dilihat sudah merampas N34 Krian daripada BN.

PKR mendakwa mendahului pengiraan di peti-peti undi awal bagi N18 Tebedu, N52 Tamin, N53 Kakus, N70 Ba’ Kelalan dan N58 Jepak.

Ini merupakan kawasan-kawasan majoriti masyarakat Iban.

BN pula mendahului pengiraan peti-peti undi awal di N3 Tanjong Dato, N20 Sadong Jaya, N24 Beting Maro, N30 Saribas, N31 Layar, N32 Bukit Saban dan N57 Belaga.

Ini merupakan kawasan majoriti masyarakat Melayu/Melanau. N57 Belaga kawasan majoriti masyarakat Orang Ulu.

PAS di lihat sudah tewas di kesemua peti undi ia bertanding tetapi menaruh harapan tipis di Beting Maro.

DAP didakwa mendahului di N40 Meradong.


Sumber : Kickdefella

Friday, April 15, 2011

Anwar Loses Credibility


Tiba2 RPK 'serang' anwar.
RPK seperti mahu naikkan balik 'hit' anwar yg down akibat penyebaran video lelaki Y.
Hati-hati dengan RPK, dia sama seperti anwar.

Thursday, April 14, 2011

Satu Lagi Sahabat Anwar - Dr Musdah Mulia

Dr Siti Musdah dilahirkan di Bone, Sulawesi pada 3 Mac 1958. Beliau adalah pensyarah Pemikiran Politik Islam di School of Graduates Studies, University Islam Syarif Hidayatullah, Jakarta. juga Pengerusi Persidangan Agama Untuk Keamanan Indonesia sejak 2007. Organisasi ini bertujuan mempromosi dialog antara agama, pluralisme dan demokrasi bagi tujuan keamanan. Beliau juga aktif dalam bidang penulisan antara bukunya, Muslimah Reformasi, Islam Mengkritik Poligami dan Islam dan Inspirasi Kesamaan Gender.

Apa yang menarik tentang beliau?

Beliau adalah boneka barat yang dipergunakan untuk terus mendukung fahaman liberalisme. Di bawah tajaan The Asia Foundation Amerika Syarikat, beliau terang-terangan menghalalkan homoseksual, gay dan lesbian dengan berhujah ia adalah semulajadi dan dicipta oleh Tuhan. Katanya, hanya ulama yang berfikiran sempit mengharamkan homoseksualiti sedangkan di sisi Allah, hanya ketakwaan yang dinilai tidak kira lesbian,gay, atau normal.

Rentetan dari keberanian beliau melaungkan gagasan liberalisme dan menentang aliran pemikiran umum, Barat mengiktiraf kejayaan beliau dengan menganugerahkan Anugerah Antarabangsa Wanita 2009 yang diadakan di Saint Vincent,Itali pada 26 November 2009. Anugerah ini ditubuhkan pada 1998 oleh Majis Serantau Aosta Valley yang turut diiktiraf oleh Presiden Itali. Beliau berjaya menewaskan 2 finalis Aicha Ech Channa dan Mary Akrami.

pada tahun 2004, beliau mengeluarkan Counter Legal Draft kompilasi hukum islam (CLD-KHI) yang sangat bercanggah dari apa yang termaktub dalam Quran dan Hadith. Antara resolusi yang dibawa:

1. poligami tidak sah di sisi undang-undang.
2. perkahwinan dari pelbagai agama juga diblolehkan.
3. iddah juga terdapat pada lelaki iaitu 130 hari.
4. isteri juga mempunyai kuasa talak.
5. warisan harta bagi lelaki dan perempuan sama.

Resolusi CLD-KHI ini dikecam hebat oleh Majlis Ulama Indonesia dan menganggap ini bidaah. Selain itu, Menteri Agama Indonesia, Prof.Dr.H.Said Agiel Al-Munawar mengecam Pasukan Penulis Pembaharuan Hukum Islam dan Menteri Agama Republik Indonesia, Maftuh Busyani segera membatalkan CLD-KHI pada 14 Februari 2005.

Barat tidak pernah berdiam diri dalam menyebar fahaman liberalisme,kalau dulu, Salman Rusdie penulis Satanic Verses, Aayan Hirsi Ali yang kini telah murtad, dan kini, Dr Siti Musdah yang dianggap wirawati mereka. Bagi Islam, ia adalah satu penghinaan yang terbesar.

Wednesday, April 13, 2011

Sebab 'ini kah' DAP Dapat Undi Besar?

Baik punya tawaran dari Lelaki Y

TV Series : Chuck (Season 4 Episode 20)


Lagi Sahabat Lelaki Y

Wawancara Gus Dur yang dimuat di situs JIL (Jaringan Islam Liberal) islamlib.com yang berjudul “Jangan Bikin Aturan Berdasarkan Islam Saja!” (10/04/2006)

JIL: Gus, ada yang bilang kalau kelompok-kelompok penentang RUU APP ini bukan kelompok Islam, karena katanya kelompok ini memiliki kitab suci yang porno?


(Gus Dur): Sebaliknya menurut saya. Kitab suci yang paling porno di dunia adalah Alqur’an, ha-ha-ha.. (tertawa terkekeh-kekeh).

JIL: Maksudnya?

(Gus Dur): Loh, jelas kelihatan sekali. Di Alqur’an itu ada ayat tentang menyusui anak dua tahun berturut-turut. Cari dalam Injil kalau ada ayat seperti itu. Namanya menyusui, ya mengeluarkan tetek kan?! Cabul dong ini. Banyaklah contoh lain, ha-ha-ha’.



Bertembungnya Hadi-Najib


BETONG, 13 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada Rabu melakukan lawatan kerja ke beberapa kawasan di Sarawak, bertembung dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sedang berkempen bagi calon PAS, di Pasar Pusa, pekan Pusa dekat sini.

Lawatan ke Pusa adalah program pertama Najib hari ini, dan beliau yang ditemani Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Karim dan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro Razaili Gapor berjumpa dengan orang ramai di pasar itu.

Ketika kedua-duanya bertembung di pasar itu, Najib dan Abdul Hadi dilihat bersalaman dan berpelukan.

Pada pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini, kerusi DUN Beting Maro menyaksikan pertembungan antara Razaili dengan calon PAS Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.

Dalam ucapannya di pekan Pusa, Najib berkata beliau mempunyai hubungan peribadi yang cukup baik dengan Abdul Hadi tetapi daripada segi politik beliau tidak dapat menerima pendirian Presiden PAS itu.

"Ini kerana PAS bekerjasama dengan DAP. DAP memperjuangkan perkara-perkara yang merugikan orang Islam. Kerjasama PAS-DAP ini tidak menguntungkan orang Islam," katanya.

Beliau berkata sebaliknya apa yang diperjuangkan BN adalah untuk menyatukan rakyat Malaysia menerusi gagasan 1Malaysia.

Perdana Menteri kemudiannya menaiki bot panjang untuk ke satu lagi kawasan Pusa, yang dipisahkan oleh Sungai Saribas.

-- BERNAMA

Mereka dah lama keluar...


Kredit : Kick

Tuesday, April 12, 2011

Dapat RM211,955 kerana Video di YouTube


GERMANTOWN, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pelajar pergigian Universiti Temple di Philadelphia, AS, Rob Homayoon menyatakan dia sudah memperoleh pendapatan sebanyak AS$70,000 (RM211,955) sejak 2008 dengan menghasilkan klip video origami di laman YouTube di Internet, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Homayoon, 25, yang tinggal di sini, Pennsylvania menghasilkan klip video mengenai cara untuk membuat origami daripada kertas dari apartmennya.

Origami merupakan kaedah melipatkan kertas untuk menghasilkan pelbagai bentuk seperti burung.

Dia memperoleh pendapatan itu menerusi satu perjanjian dengan YouTube yang menjual iklan.

Menurutnya, dia memperoleh 80 peratus daripada jualan iklan dan Google yang memiliki YouTube memperoleh 20 peratus.

"Semasa (video) saya bermula, saya memperoleh AS$100 (RM302.85) dan saya berpendapat saya boleh menggunakannya untuk wang minyak saya. Kemudian ia meningkat kepada AS$400 (RM1,211) dan AS$600 (RM1,817) dan pada akhirnya saya memperoleh AS$1,000 (RM3,028) dan kemudian AS$2,000 (RM6,057).

"Salah satu cek saya mengandungi lima angka. Ia berlaku pada Disember lalu, empat bulan lalu," kata Homayoon.

Video klip Homayoon kini dimuat naik sebanyak 29.4 juta dan rangkaian klip videonya di YouTube mempunyai 64,000 pelanggan. - Agensi

Monday, April 11, 2011

Kelantan Yang Kembali Merah

Kita bagi pula kepada orang yang boleh buat kerja memerintah Kelantan


KUALA LUMPUR 11 April – Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed telah melancarkan Gelombang Merah peringkat UMNO Bahagian Tanah Merah, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu lalu.

Majlis pelancaran itu diadakan bersempena Majlis Malam Mesra Anak-anak Tanah Merah anjuran UMNO bahagian berkenaan dengan kerjasama Persatuan Anak Tanah Merah (Pertama) dan Persatuan Mahasiswa Tanah Merah (Permata).

Dalam ucapannya, Mustapa berharap pelancaran Gelombang Merah akan membangkitkan semangat anak-anak Kelantan di perantauan untuk pulang mengundi bagi melakukan perubahan dalam kepimpinan kerajaan negeri.

Katanya, perubahan berkenaan perlu dilakukan memandangkan Kelantan kini ketinggalan dalam pelbagai bidang.

‘‘Apa yang lebih mendukacitakan ialah kerajaan negeri pimpinan Pas gagal menyelesaikan banyak masalah yang berlaku di negeri tersebut,’’ katanya.

Berucap pada majlis yang sama, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, pihaknya telah melaksanakan pelbagai aktiviti di kawasan Parlimen berkenaan demi bagi membantu rakyat.

‘‘Segala bantuan kita salurkan tanpa mengira latar belakang, fahaman politik dan kaum,’’ katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Baharudin Yusof; Naib Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Mohd. Bakri Mustapha; Bendahari UMNO bahagian tersebut, Rosli Kadir; Presiden Pertama, Ahmad Shauki Che Lah dan Presiden Permata, Wan Alimin Wan Zain.

~Utusan.

------------------------
1. Mahu balik kerja di Kelantan dan sumbangkan tenaga membangunkan negeri sendiri tak wahai anak Kelantan di perantauan?
2. Mahu melihat negeri Tanah Serandah Sekebun Bunga ini pesat membangun seperti negeri-negeri lain?
3. Mahu melihat peluang kerja yang banyak di negeri sendiri?
4. Mahu kerja yang berdekatan dengan keluarga?
5. Mahu masalah air selesai dalam masa 5 tahun?

Jadi, sokong dan undilah Barisan Nasional. MASA UNTUK KITA MENGUBAH

Kalau kekalkan yang ada sekarang, janji mereka ialah 17 tahun lagi masalah air baru nk selesai. Kelmarin dulu Tok Pa memberi peruntukan RM19 juta untuk air Kelantan.

Terkejut Bil Hidangan Patin RM13,000 !!

Gambar dari Doogle : Patin Buah

TEMERLOH, 11 April (Bernama) -- Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.

Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama Isnin.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.

"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

Bernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.

Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.

Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali, katanya.

-- BERNAMA

Note : Tanya harga sebelum makan, selalunya pekedai yg tak letak harga sebab dia nak caj mahal-mahal, terutama sekali orang yang baru pertama kali masuk ke kedainya.

Terkini : Jam Omega itu adalah kepunyaan...

KUALA LUMPUR 11 April – Identiti pemilik jam tangan jenama Omega yang diserahkan kepada polis berhubung kes rakaman video aksi seks didakwa melibatkan pelaku dilaporkan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui tidak lama lagi, kata polis.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat yang mengedarnya bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya.

"Sebelum ini kita telah memberikan tempoh seminggu untuk syarikat itu memberikan jawapan, namun sehingga kini tiada sebarang jawapan diberikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jam tangan itu dilaporkan merupakan antara dua bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim kepada polis bagi tujuan siasatan berhubung video itu.

Jam itu dilaporkan ditemui di bilik aksi seks berkenaan berlaku. – Bernama

-----
Katanya jam tu jam hadiah?
Jadi jam tu (sudah tentu) didaftar atas nama pemberi hadiah la (?)
DNA camna?

Omega, SMS, Tweet, FB, Buncit - Pening2


Datuk Seri Anwar Ibrahim nak mengamuk ke...Datuk Seri Wan Azizah Ismail nak melenting ke ...Nurul Izzah nak marah ke...Tan Sri Khalid Ibrahim nak membebel ke bila wartawan tanya pasal jam Omega,fakta tetap fakta.

Ahad semua orang lihat bagaimana Ketua Umum PKR itu naik angin bila wartawan wanita TV 3 tanya beliau berkali-kali pasal jam Omega itu.

Semua orang nak tahu pasal jam itu kerana Datuk Sharzly Eskay Abdullah,yakni salah seorang anggota Datuk T dakwa sudah serah ke tangan polis.

Dari kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani Isnin sah seutas jam tangan untuk siasatan kes video seks itu memang ada pada polis.

Katanya pada wartawan sehingga kini pihaknya masih belum membuat keputusan sama ada akan meminta Anwar menyerahkan jam tangan Omega beliau ( yang didakwa masih ada padanya) kerana ia bergantung hasil siasatan yang dijalankan.

Menurut Acryl Sani pihaknya percaya pemilik jam tangan itu akan dapat dikenal pasti menerusi kad pendaftaran yang dikeluarkan syarikat pengedar kepada pembelinya.

Pada Selasa 5 April lalu Wan Azizah melenting dan dakwa jam Omega itu ada padanya masa sidang akhbar di rumhnya. Beliau bagaimanapun enggan tunjuk jam itu.

Nurul Izzah juga marah bila didesak tunjuk jam itu. Menteri Besar Selangor pula membebel panjang mempersoalkan wartawan tanya mengenai jam itu.

Dalam sidang di Kuching Ahad Anwar dakwa beliau tidak serah jam itu kerana polis tidak minta darinya.

Para wartawan yang kerap membuat liputan sidang akhbar Anwar sudah lali dengan stailnya yang kurang gemar wartawan tanya soalan nak korek lebih lanjut dan provokatif.

Bila ini berlaku beliau mulalah keluar skipnya tuduh wartawan ada agenda dan macam-macam untuk memalukan wartawan ditengah sidang akhbar.

Apa sekalipun semua kena tunggu hasil siasatan polis dari syarikat pengedar.

Difahamkan setiap jam berjenama ada nombor siri dan siapa yang belinya.

Juga ada yang berkata jam Omega yang dipakai Anwar itu dihadiahkan oleh rakannya dalam kerajaaan Arab Saudi dan ada lambang negara itu pada jam berkenaan.

Dan...jangan lupa Eskay juga dakwa Anwar ada hantar SMS padanya pada malam (didakwa berlaku aksi dengan pealcur China) minta beliau tolong jaga jam itu yang diambil balik dari tempat itu.

Eskay dakwa jam itu cuba dicuri pelacur berkenaan semasa ( orang yang berwajah Anwar dalam video) itu masuk ke bilik mandi.

Eskay dakwa SMS dari Anwar masih tersimpan dalam telefon bimbitnya.

Juga perlu diingat ujian DNA boleh dibuat keatas jam itu berasaskan peluh dan daki sipemakainya.

Makanya fakta tetap fakta...Anwar bukan saja kena berjawab bab jam itu tetapi juga tentang SMS yang dihantar pada Eskay dan kelak ujian DNA.

Satu fakta mungkin boleh dipertikaikan...tetapi bagaimana dua dan seterus tiga fakta berkenaan.-11/4/2011

Rosli Ismail, Agenda Daily

Sunday, April 10, 2011

Anwar Tak Perlu Serahkan Jam 'Tu'.


Anwar tidak perlu serahkan jam 'Omega' 'itu' untuk membuktikan yang keluarganyalah yang menyimpan 'jam tersebut'.

Kerana jam (tempahan khas) yang dijadikan bahan/barang bukti telah diserahkan oleh Dato' Eskey kepada polis, jadi tidak perlu timbul soalan 'kemana jam itu' ataupun soalan 'polis tak minta jam tu'.

Buat apa polis nak minta 'jam tu' sedangkan polis dah ada jam tu.

Tak memasal Anwar terpaksa bersilat poosing kaitkan Najib dengan Altantuya pulak. Kita dah sedia maklum PM dah beberapa kali ditanya soalan tersebut semasa isu itu panas, PM dan bersumpah atas masjid dan tempat lain, 'cerita' rekaan RPK iaitu balaci Anwar, mengatakan Rosmah ada ditempat ketika pembunuhan model tersebut, walhal Rosmah berada di majlis anak yatim. Alibi Rosmah banyak, last2 RPK lari. Alibi Anwar hanya 'perut' yang tak berapa buncit.

Apapun, sy respek sama itu wartawan (katanya 8TV) yg ajukan soalan jam Omega (walaupun dah tak perlu tanya), anda pandai main angin itu Anwar sampai dia bersilat tempang dan terkangkang. Respek ooo.