Thursday, April 14, 2011

Satu Lagi Sahabat Anwar - Dr Musdah Mulia

Dr Siti Musdah dilahirkan di Bone, Sulawesi pada 3 Mac 1958. Beliau adalah pensyarah Pemikiran Politik Islam di School of Graduates Studies, University Islam Syarif Hidayatullah, Jakarta. juga Pengerusi Persidangan Agama Untuk Keamanan Indonesia sejak 2007. Organisasi ini bertujuan mempromosi dialog antara agama, pluralisme dan demokrasi bagi tujuan keamanan. Beliau juga aktif dalam bidang penulisan antara bukunya, Muslimah Reformasi, Islam Mengkritik Poligami dan Islam dan Inspirasi Kesamaan Gender.

Apa yang menarik tentang beliau?

Beliau adalah boneka barat yang dipergunakan untuk terus mendukung fahaman liberalisme. Di bawah tajaan The Asia Foundation Amerika Syarikat, beliau terang-terangan menghalalkan homoseksual, gay dan lesbian dengan berhujah ia adalah semulajadi dan dicipta oleh Tuhan. Katanya, hanya ulama yang berfikiran sempit mengharamkan homoseksualiti sedangkan di sisi Allah, hanya ketakwaan yang dinilai tidak kira lesbian,gay, atau normal.

Rentetan dari keberanian beliau melaungkan gagasan liberalisme dan menentang aliran pemikiran umum, Barat mengiktiraf kejayaan beliau dengan menganugerahkan Anugerah Antarabangsa Wanita 2009 yang diadakan di Saint Vincent,Itali pada 26 November 2009. Anugerah ini ditubuhkan pada 1998 oleh Majis Serantau Aosta Valley yang turut diiktiraf oleh Presiden Itali. Beliau berjaya menewaskan 2 finalis Aicha Ech Channa dan Mary Akrami.

pada tahun 2004, beliau mengeluarkan Counter Legal Draft kompilasi hukum islam (CLD-KHI) yang sangat bercanggah dari apa yang termaktub dalam Quran dan Hadith. Antara resolusi yang dibawa:

1. poligami tidak sah di sisi undang-undang.
2. perkahwinan dari pelbagai agama juga diblolehkan.
3. iddah juga terdapat pada lelaki iaitu 130 hari.
4. isteri juga mempunyai kuasa talak.
5. warisan harta bagi lelaki dan perempuan sama.

Resolusi CLD-KHI ini dikecam hebat oleh Majlis Ulama Indonesia dan menganggap ini bidaah. Selain itu, Menteri Agama Indonesia, Prof.Dr.H.Said Agiel Al-Munawar mengecam Pasukan Penulis Pembaharuan Hukum Islam dan Menteri Agama Republik Indonesia, Maftuh Busyani segera membatalkan CLD-KHI pada 14 Februari 2005.

Barat tidak pernah berdiam diri dalam menyebar fahaman liberalisme,kalau dulu, Salman Rusdie penulis Satanic Verses, Aayan Hirsi Ali yang kini telah murtad, dan kini, Dr Siti Musdah yang dianggap wirawati mereka. Bagi Islam, ia adalah satu penghinaan yang terbesar.

No comments:

Post a Comment

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...