Monday, April 11, 2011

Kelantan Yang Kembali Merah

Kita bagi pula kepada orang yang boleh buat kerja memerintah Kelantan


KUALA LUMPUR 11 April – Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed telah melancarkan Gelombang Merah peringkat UMNO Bahagian Tanah Merah, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu lalu.

Majlis pelancaran itu diadakan bersempena Majlis Malam Mesra Anak-anak Tanah Merah anjuran UMNO bahagian berkenaan dengan kerjasama Persatuan Anak Tanah Merah (Pertama) dan Persatuan Mahasiswa Tanah Merah (Permata).

Dalam ucapannya, Mustapa berharap pelancaran Gelombang Merah akan membangkitkan semangat anak-anak Kelantan di perantauan untuk pulang mengundi bagi melakukan perubahan dalam kepimpinan kerajaan negeri.

Katanya, perubahan berkenaan perlu dilakukan memandangkan Kelantan kini ketinggalan dalam pelbagai bidang.

‘‘Apa yang lebih mendukacitakan ialah kerajaan negeri pimpinan Pas gagal menyelesaikan banyak masalah yang berlaku di negeri tersebut,’’ katanya.

Berucap pada majlis yang sama, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, pihaknya telah melaksanakan pelbagai aktiviti di kawasan Parlimen berkenaan demi bagi membantu rakyat.

‘‘Segala bantuan kita salurkan tanpa mengira latar belakang, fahaman politik dan kaum,’’ katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Baharudin Yusof; Naib Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Mohd. Bakri Mustapha; Bendahari UMNO bahagian tersebut, Rosli Kadir; Presiden Pertama, Ahmad Shauki Che Lah dan Presiden Permata, Wan Alimin Wan Zain.

~Utusan.

------------------------
1. Mahu balik kerja di Kelantan dan sumbangkan tenaga membangunkan negeri sendiri tak wahai anak Kelantan di perantauan?
2. Mahu melihat negeri Tanah Serandah Sekebun Bunga ini pesat membangun seperti negeri-negeri lain?
3. Mahu melihat peluang kerja yang banyak di negeri sendiri?
4. Mahu kerja yang berdekatan dengan keluarga?
5. Mahu masalah air selesai dalam masa 5 tahun?

Jadi, sokong dan undilah Barisan Nasional. MASA UNTUK KITA MENGUBAH

Kalau kekalkan yang ada sekarang, janji mereka ialah 17 tahun lagi masalah air baru nk selesai. Kelmarin dulu Tok Pa memberi peruntukan RM19 juta untuk air Kelantan.