KANGAR: Kerajaan mengkaji cadangan mewujudkan stok penimbal beberapa bahan makanan, termasuk ayam bagi menjamin bekalan sentiasa mencukupi selain menstabilkan harganya sesuai dengan situasi global sekarang.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengemukakan kepada kerajaan cadangan terbabit yang memerlukan kajian mendalam, termasuk aspek ketahanan barangan berkenaan.
Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK, Mahani Tan Abdullah, berkata cadangan mewujudkan stok penimbal bagi bahan makanan seperti kacang soya, jagung dan ayam adalah antara pelan jangka panjang bagi memastik bekalan sentiasa mencukupi walaupun ketika keadaan darurat.
"Walaupun masih di peringkat kajian, cadangan stok penimbal beberapa bahan makanan seperti dilakukan ke atas beras tetap diberi keutamaan. Ia membabitkan kos tinggi bagi memastikan stok simpanan tidak rosak," katanya merasmikan penutup Program Kepenggunaan `Isu Kenaikan Harga Barang' di sini, hari ini.
Beliau berkata, keadaan semasa global termasuk bencana alam di beberapa negara pengeluar makanan antara faktor mewujudkan stok penimbal perlu disegerakan bagi memastikan bekalan makanan sentiasa berada di pasaran tempatan dengan harga stabil. Selain itu, katanya, pihaknya mengambil langkah jangka panjang untuk memastikan bekalan bahan makanan terjamin melalui perjanjian jangan panjang (LTC) dengan beberapa negara pembekal utama untuk kepentingan rakyat.
"Sebagai contoh, menerusi LTC kita dapat menstabilkan harga gula untuk keperluan domestik walaupun harga gula mentah di pasaran global meningkat secara mendadak," katanya
No comments:
Post a Comment
Salam,
Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..
Wassalam...