KUALA LUMPUR 11 April – Identiti pemilik jam tangan jenama Omega yang diserahkan kepada polis berhubung kes rakaman video aksi seks didakwa melibatkan pelaku dilaporkan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui tidak lama lagi, kata polis.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat yang mengedarnya bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya.
"Sebelum ini kita telah memberikan tempoh seminggu untuk syarikat itu memberikan jawapan, namun sehingga kini tiada sebarang jawapan diberikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Jam tangan itu dilaporkan merupakan antara dua bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim kepada polis bagi tujuan siasatan berhubung video itu.
Jam itu dilaporkan ditemui di bilik aksi seks berkenaan berlaku. – Bernama
-----
Katanya jam tu jam hadiah?
Jadi jam tu (sudah tentu) didaftar atas nama pemberi hadiah la (?)
DNA camna?
No comments:
Post a Comment
Salam,
Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..
Wassalam...