Monday, April 4, 2011
Almenantunya Tok Guru - Salahkah Alwi dan UMNO Kelantan?
Bila diberitahu bahawa seorang almenantunya Tok Guru yang bernama Nik Yusri dilantik menjadi pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), ramai yang tertanya-tanya kepada antara orang kuat UMK iaitu Datuk Alwi. (klik cerita), walhal semasa Ariffahmi menjadi CEO PMBK, CEO itu bersetuju melantik orang se-daerah Alwi untuk menjadi salah seorang pekerja di PMBK. Bila usul pelantikan tersebut di bawa kepada Mertuanya, mertuanya iaitu Pok Nik me-reject bulat-bulat, dengan alasan dia tu 'anak saudara' ketua pembangkang DUN Kelantan.
Kenapa?
Alasan Alwi cukup bermakna,
Beliau dan BN Kelantan semaksima yang boleh mahu mengheret, bawa balik ataupun panggil pulang anak-anak perantauan Kelantan agar pulang bertugas di negeri halaman. Berbakti untuk negeri sendiri. Tak kiralah walau apa pun 'warna' bendera pilihan mereka.
Kata Alwi lagi, berilah peluang kepada BN untuk menerajui negeri dan membawa perubahan kepada Kelantan. Sampai bila rakyat mahu berjauhan dengan keluarga di Kelantan, balik sekali sekala, sakit demam orang tua siapa nak jengok jaga. Kalau ada kematian, perlu menunggu sehingga (boleh dikatakan) 12 jam baru jenazah boleh dikebumikan (tunggu anak beranak balik).
Kita selalu dengar keluh resah orang Kelantan yang bekerja di negeri luar - barang mahal, kos hidup tinggi - tidak sama macam negeri Kelantan yang mana kos hidup masih lagi murah. Bila kita tanya, balik la kerja di Kelantan. Jawab mereka adalah sama, "Kerja takde di Kelantan, kalau ada pun gaji murah, hantar anak ke pusat asuhan pun dah RM500 sebulan".
Kerajaan negeri yang ada sekarang, masih di takuk lama-sama seperti 20 tahun lepas, pengurusan air yang gagal, menyediakan peluang pekerjaan juga gagal, sampai hari ini masih gagal dan gagal. Lemah. Reti berpolitik 24 jam, nasib baiklah sehari ada 24 jam. Yang ada hanyalah bangunan perniagaan (kapitalis), hotel, Mall dan IKS lain.
Balik tengok, pemimpin2 kita baru buat kerja, tu pun pasang banner, kain rentang hatta billbord pun dah banyak - nk beritahu rakyat yang dia 'baru' buat kerja, tu pun beri beras 100 kapit untuk satu DUN !.
"Iklan lebih mahal dari yang di beri kepada rakyat".
MASA UNTUK BERUBAH
Note : Kalau dibaca ringkasan UMK, penubuhan UMK dilihat mahu melahirkan para pelajar untuk membangunkan negeri (bukan Kelantan sahaja) dari segi pengurusan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (capability and capacity building of SME.