Friday, April 22, 2011

Anwar Start Sakit Belakang Dahh...

Agenda Daily

Ramai yang telefon Kawan pagi Jumaat dok gebang bila dapat tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim batal lawatan dua hari ke Pulau Pinang.Ikut ceritanya alasan kononnya sakit belakangnya berulang.

Bukan apa...depa dok garu kepala hairan sebab nampak Pak Sheikh bukan main ligat lagi kempen di Sarawak baru-baru ini.

“Masa dia marah wartawan TV3 dalam sidang akhbar di Kuching , tak nampak pulak muka orang sakit belakang,” sindir salah seorang dari mereka.

Dia merujuk kejadian Anwar hilang sabar bila wartawan wanita tu yang berulang kali tanya mengenai jam Omega yang dikaitkan dengan kes video seks.

Menurut kawan itu lagi, Anwar bukan saja kempen sakan di Sarawak. Dia cabut ke pada hari pilihanraya negeri Sarawak berlangsung.

“Masa di London, Anwar tweet bukan main happy lagi, tengok bola di stadium Emirates milik pasukan Arsenal,”

“Masa itu tak ada pulak cerita sakit belakang,” kata kawan tu.

Balik saja Malaysia tiba-tiba terus sakit belakang. Ada kawan-kawan yang dakwa depa cukup master dengan ‘gelagat’ Anwar kata dia tu sakit bila mula rasa ‘goyang’.

Ada juga teori yang berlegar dikalangan kawan-kawan repoter bahawa Anwar tidak mahu menghadiri program di Pulau Pinang sebab nak elak kena ulas mengenai laporan di Berita Harian pasal dia.

Ikut laporan itu analisis biometrik yang dibuat oleh sebuah syarikat penyiaran Korea Selatan lelaki dalam video seks itu sepadan dengan Anwar Ibrahim.

Analisis yang dibuat berdasarkan perincian saiz tubuh Anwar dalam rekod polis dengan lelaki dalam video seks tu.

Difahamkan antara kaedah yang digunakan bagi membantu siasatan dan pengecaman individu dalam rakaman itu ialah melalui sistem biometrik (mesin imbasan diri berkomputer).

Petang Jumaat Kawan baca kenyataan dikeluarkan oleh PKR balon akhbar Berita Harian kerana siar cerita tu.

Parti tu juga pertikai kredibiliti analisis yang dibuat oleh syarikat tu kerana dakwa mesti dah kowteam dengan polis Malaysia.

Dalam bab ni Kawan malas nak komen sebab dah boleh agak kalau analisis itu dibuat oleh agensi perisikan terkenal dunia seperti FBI,KGB,Scotland Yard,CIA atau mungkin Bangsa-Bangsa Bersatu sekalipun depa akan nafi dan pertikai.

Esok ni kalaulah DNA pada jam Omega kata menang sah DNA Anwar pun depa kata temberang.

Esok lagi kalau Datuk Eskay (Datuk Trio) tunjuk SMS Anwar minta simpan jam Omega tu pun depa boleh tuduh SMS tu palsu.

Esok dan esok lagi kalau pelacur China yang dikatakan pelajar sebuah IPT swasta di Malaysia tunjuk pasangannya dalam video seks tu Anwar pun depa akan kata dia diupah.

Esok dan esok lagi dan esok lagi dan esok lagi kalaulah 900 orang dari 1,000 orang yang tengok video seks penuh kata cukup yakin itu Anwar sekalipun depa akan kata semua orang tu kelabu mata.

Sebab tu ada seorang kawan yang telefon masa dengan cerita saki belakang Anwar berulang langsung tak terkejut.Kawan yang mulut lazer ni kata ini babak baru ‘Drama King’.

Cuma dia harap janganlah nanti sampai ‘tuan direktor’ minta Anwar berpapah naik tangga bila ke mahkamah Isnin nanti sudahlah.

Mana mungkin orang yang sakit belakang ‘hayun’ China Doll tu.Tak gitu.


Kawan: tumpang gelak aje

No comments:

Post a Comment

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...