Saturday, April 16, 2011

PRN S'wak - Tak Rasmi setakat jam 4.30 ptg

4.17pm

Keputusan peti-peti undi awal menunjukkan undian masyarakat Cina tidak bulat kepada DAP seperti dijangkakan oleh pemerhati politik.

3.47pm

PKR dilihat sudah merampas N34 Krian daripada BN.

PKR mendakwa mendahului pengiraan di peti-peti undi awal bagi N18 Tebedu, N52 Tamin, N53 Kakus, N70 Ba’ Kelalan dan N58 Jepak.

Ini merupakan kawasan-kawasan majoriti masyarakat Iban.

BN pula mendahului pengiraan peti-peti undi awal di N3 Tanjong Dato, N20 Sadong Jaya, N24 Beting Maro, N30 Saribas, N31 Layar, N32 Bukit Saban dan N57 Belaga.

Ini merupakan kawasan majoriti masyarakat Melayu/Melanau. N57 Belaga kawasan majoriti masyarakat Orang Ulu.

PAS di lihat sudah tewas di kesemua peti undi ia bertanding tetapi menaruh harapan tipis di Beting Maro.

DAP didakwa mendahului di N40 Meradong.


Sumber : Kickdefella

No comments:

Post a Comment

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...