Monday, April 4, 2011

Kelantan : Di Kecewakan Nik Abdul Aziz


KOTA BAHARU 4 April - Seramai 415 peniaga Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) dan Arked Lambak UDA hari ini kecewa apabila Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan exconya tidak menghadiri pertemuan untuk melawat Bazar Tok Guru, premis baru yang ditawarkan kepada peniaga.

Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Ab Salim Ahmad melahirkan rasa kecewanya apabila Nik Abdul Aziz dan barisan exconya gagal hadir untuk bertemu kesemua peniaga itu, yang mula berkumpul di bazar sejak pukul 9 pagi.

"Sehingga 11 pagi ini, pimpinan kerajaan negeri tidak hadir dan ini menunjukkan mereka tidak berminat untuk membela nasib kami para peniaga yang ditindas.

"Kami sebenarnya mahu Datuk Nik Aziz dan exconya melihat sendiri keadaan di bazar ini yang tidak mungkin membolehkan kami berniaga dengan selesa kerana sempit dan khuatir tahap keselamatan ketika berniaga,” katanya kepada pemberita di sini. - Bernama

1 comment:

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...