Saya telah lama meneliti blog Malaysiakini dan berita nya banyak berunsur menghina Islam , menentang kerajaan pro melayu dan cuba melaga lagakan orang Melayu supaya bergaduh. Kadang kadang terdapat juga analisa yang cuba melaga lagakan pemimpin dan pengikut PAS. Boleh di katakan kebanyakan isu yang di bawa oleh DAP atau NGO anti Islam dan anti Melayu datang dari Malaysiakini. Yang terbaru Malaysiakini mengaku berbohong kerana menyiarkan article yang memfitnah TPM dengan tujuan untuk mengagalkannya dari menjadi PM mengganti Dollah Badawi.

Berikut adalah pengakuan pembohongan dari Malaysiakini terhadap article bohongnya yang telah di siar sebelum ini.

"Ia adalah kesilapan saya dan saya bertanggungjawab sepenuhnya dan meletak jawatan," jelas wartawan berkenaan, Wong Choon Mei.
Wong, yang menyertai Malaysiakini tiga bulan lalu, berkhidmat sebagai wartawan selama 10 tahun, dan pernah bertugas dengan The Edge, Reuters dan Channel News Asia.
Ketua pengarang Malaysiakini, Steven Gan said berkata, pihaknya kesal dengan insiden tersebut, sambil menambah bahawa laporan itu tidak sepatutnya disiarkan.
"Ia adalah salah pertimbangan yang serius dan kami menerima peletakan jawatannya," kata Gan.
Wong mengakui beliau tidak mengesahkan dengan pejabat Najib mengenai kandungan 'manifesto' tersebut. Wong telah menerima manifesto itu melalui emel Ahad lalu.
Laporan itu disiarkan lewat malam berkenaan tanpa mematuhi prosedur di mana setiap berita mesti disemak terlebih dahulu oleh editor kedua sebelum disiarkan.
Wong adalah editor yang bertugas pada malam berkenaan.
"Kami amat kesal dengan kesilapan tersebut," kata Gan.
No comments:
Post a Comment
Salam,
Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..
Wassalam...