Thursday, October 14, 2010

Harga Getah Naik RM11.90 sekilo


TEMERLOH 14 Okt. – Seramai 380,000 pekebun kecil di seluruh negara bakal menikmati pendapatan lumayan berikutan kenaikan harga getah di pasaran mencecah RM11.90 sekilogram hari ini iaitu yang tertinggi dalam tempoh 57 tahun.

Pengerusi RISDA, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, dengan kenaikan harga komoditii tersebut, pengeluaran getah di negara ini dijangka meningkat lebih sekali ganda berbanding masa kini iaitu kira-kira 1 tan sehektar.

Selaras dengan itu juga kata beliau, pendapatan pekebun kecil yang selama ini antara RM2,000 hingga RM3,000 dijangka bertambah berikutan kenaikan harga komoditi di pasaran. – Utusan

--------
Getah keping atau skrap? Rasanya rega getah keping.. apapun, syukur atas nikmat yg tuhan berikan

1 comment:

  1. Macam ni kena tanam getah pulak.Tapi nanti bila boleh menoreh harga dah turun balik.

    ReplyDelete

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...