Monday, October 25, 2010

PKR Belum Bayar Wang Deposit



Video demokrasi anjuran PKR. Berlaku kerana kumpulan pro Anwar sudah meletakkan kertas undi bertanda dalam kotak undi sebelum proses pengundian. Penyokong PKR jangan bantah, Anwar Ibrahim berkuasa penuh.


SANDAKAN 25 Okt. - Keseriusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi menjadi tanda tanya apabila parti itu masih belum membayar wang deposit kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sehingga pukul 2.30 petang ini, hanya Barisan Nasional (BN) dan Parti Maju Sabah (SAPP) sahaja yang berbuat demikian.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof pada sidang akhbar di sini berkata, semua calon bertanding perlu membayar wang deposit selewat-lewatnya ketika mengemukakan borang pada hari pencalonan esok.

"Setakat ini sebanyak 26 borang pencalonan Parlimen Batu Sapi telah dijual kepada parti-parti politik dan individu.

"Daripada empat parti yang membeli borang iaitu Barisan Nasional (BN), SAPP, PKR dan Bersekutu, setakat ini kita hanya menerima bayaran deposit daripada dua parti iaitu BN dan SAPP," katanya selepas meninjau pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Sandakan di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi SPR negeri, Datuk Idrus Ismail.

Calon yang bertanding bagi Pilihan Raya Parlimen Batu Sapi perlu membayar deposit RM15,000 termasuk deposit untuk berkempen sebanyak RM5,000.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi akan diadakan pada 4 November ini manakala pencalonan akan diadakan esok.

Setakat ini tiga parti telah mengumumkan calon masing-masing iaitu BN, SAPP dan PKR.

No comments:

Post a Comment

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...