Tuesday, October 5, 2010

Derma Masjid Al-Amin

Derma ke Akaun Masjid :

Akaun : Maybank
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Amin (553104414674)

Akaun : Bank Islam
Jawatankuasa Madrasah@Balaisah Kubur Kampung Kedemit (03036010031734)

----------------------

KAMPUNG KEDEMIT- Pelbagai cara dilakukan untuk menarik orang ramai menderma, bagi Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Amin di sini, sejumlah RM50,020 berjaya dikumpul dalam jamuan minum teh anjuran mereka, kelmarin.

Pengerusi Masjid Al-Amin, Muhammed Hanapizi Abdullah berkata, jamuan yang diadakan di perkarangan masjid tersebut bertujuan mengumpul dana untuk kos pembinaan semula Masjid Al-Amin, malah pihaknya menerima sumbangan wang dan bahan binaan dari orang ramai yang hadir.

“Jamuan teh ini diadakan sempena Majlis Pelancaran Pungutan Derma Masjid Al-Amin.

“Selain wang, pihak kita juga menerima sumbangan barangan binaan,” katanya.

Menurutnya, masjid baru itu memerlukan RM500,000 untuk disempurnakan bagi menggantikan masjid sedia ada yang sempit.

“Masjid asal diperbuat daripada kayu dan tidak mampu menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah.

“Bagi mengantikannya, kita merancang membina masjid dua tingkat di atas tapak masjid asal dengan keluasan 5,000 kaki persegi,” katanya.

Derma orang ramai masih diperlukan kerana dijangka kerja-kerja pembinaan akan bermula bulan depan dengan merobohkan masjid lama secara berperingkat.

Muhammed Hanapizi berkata, orang ramai yang ingin menderma boleh melalui akaun Maybank, Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Amin (553104414674) atau akaun Bank Islam, Jawatankuasa Madrasah@Balaisah Kubur Kampung Kedemit (03036010031734).

Menurutnya lagi, sumbangan bahan binaan atau sebarang pertanyaan boleh menghubunginya dinombor 019-9804357.

Masjid ini asalnya surau untuk 200 jemaah, dinaiktaraf menjadi masjid pada 2009.
~ Sinar Harian~

No comments:

Post a Comment

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...