Tuesday, October 12, 2010

Ibrahim Ali di lucut gelaran Datuk



KOTA BHARU 13 Okt. – Selepas melucutkan gelaran `Temenggong' daripada adinda baginda, Tengku Muhammad Fakhry Petra, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini menarik balik pula anugerah bintang daripada empat individu.

Baginda menarik balik semua darjah kebesaran termasuk Darjah Jiwa Mahkota Kelantan (DJMK) yang membawa gelaran Datuk Paduka daripada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (SPSK) yang dianugerahkan kepada bekas Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud berkuat kuasa hari ini.

Penarikan balik bintang dan darjah kebesaran tersebut diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias pada satu sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. - Utusan

-------
Dulu kt Johor, Dr Chua J.M, sikarang di Kelantan tok Him. Apaun itu hak sultan.

Tok Him tetap Tok bukan gelaran Datuk, tapi usia dan umor dia membolehkan dan semoleknya bergelar tok.

3 comments:

  1. Tak apa tok ali, gelaran tu hanya untuk dunia. Ada kalanya Biar kita jadi Hang Jebat, jangan jadi Hang Tuah.

    Derhaka untuk menegak kebenaran, bukan jadi Dajjal yang benar akan dikatakan salah dan yang salah dikatakan benar....

    Itu yang dapat dipelajari dari fitnah dunia akhir zaman.

    Jum pakat2 tengok Fitnah Dajjal "TV9 - Halaqah" dan fahami lah..

    ReplyDelete
  2. janji dia bg kuat pekasa elok2 sudah..
    jgn ada agenda lain kecuali utk islam dan melayu..

    i link u, i pollow u ..
    u link me, u pollow me back..
    tq fren..

    ReplyDelete
  3. Tok Im...janganlah gundah gulana dengan gelaran dato' tu. Bukannya besar boleh bawa ke akhirat. Selama ni bukannya berkudis badan kita kalau tak diberi gelaran. Tak mati kelaparanpun. Yang penting 7 wasiat raja-raja Melayu diteruskan. walaupun istana kelantan tak sedar diri lagi kerana nsihat juak-juak haprak.

    ReplyDelete

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...