Friday, October 22, 2010

Semua Pihak IFF Perlu Minta Maaf?

1. Terkejut juga sebenarnya, pabila ramai menyebut dan menyebarkan gambar Festival Fesyen Islamik (IFF) yg boleh di katakan 'menghina Islam'.

2. Mula2 tu tak caya juga, tetapi sebarang cerita, kena selidik dua tiga kali, dan cari sumber soheh. Baru boleh terima dan percaya.

3. Memang, kalau dah fesyen begitu (tak perlu saya sebut/tunjuk sebab dah ramai yg tengok), memang jauh menyimpang dari ciri Islamik, ditambah pula dengan rekaan corak yg seakan-akan nama nabi Muhammad dalam bentuk tulisan arab.

4. Memang, masyarakat kita, kalau ada sebarang bentuk tulisan yg seakan-akan nama yg suci, kita akan berpakat untuk memopikot dan melarang dari berada di pasaran. Contohnya, selipar-yg ada tulisan seakan-akan Allah dalam tulisan arab dulu2. Terus JAKIM ambil tindakan dan selipar tersebut diharamkan berada dalam pasaran Malaysia.

5. Kali ini dikejutkan pula, Festival Islamic, Penganjur, anggota IFF dan penaung orang Islam, mempamirkan pakaian yg jauh menyimpang dari yg di sarankan oleh syariat. Mendedah bukan sahaja aurat, tetapi dah boleh dikatakan sebagai 'telanjang' dan 'memberahikan'.

6. Kenapa? Memang, kita boleh cakap, negara penganjur tersebut bukan negara Islam, memang kita dah tengok gambar dan bukti yang mana negara seperti Malaysia dan Indonesia mempamirkan pemakaian yg boleh di katakan sopan. (Kalau nk kata betul2 Islamic, tak lulus lagi).

Saranan saya:
a. Pihak penganjur dan seluruh ahli2 yg terlibat samada belakang dan depan tabir, seeloknya memohon maaf kepada seluruh ummat Islam di atas kejadian tersebut. 'Benda' ni dah mengguris hati orang Islam.
b. Jangan guna perkataan Islam(ik) lagi, guna perkataan lain yang sesuai. Contoh Malay fashion festival (MFF).
c. Kalau nk juga IFF - Pantau dan halusi setiap fesyen yg akan di pamir dan di peragakan. Lantik orang2 yg betul2 arif dalam hal pemakaian yg di benarkan oleh syariat untuk tujuan memantau.

Nota : Berlangsungnya IFF di Monte Carlo, Monaco ialan Ogos 2010, kenapa baru di sebarkan dan didedahkan? Maknanya kalau maksiat, dah masuk bab mengandung dah ni? Boleh lihat di sini, ada pihak yg menyorok untuk di buat peluru bila tibanya pilihanraya. Kalau PRK tiada tahun ini dan tahun 2011, maknanya tahun PRU 2012 lah yg akan di dedahkan. Politik juga rupanya. Apapun, yg silap, tetap kena tegur.

Waullahu A'lam.

1 comment:

  1. Penganut2 hamPAS macam biasalah. Bila ada isu yang dapat beri keuntungan politik pada puak mereka, berbodong2 la yang kononnya mahu menjadi juara dalam isu ini. Kalau kena pada pemimpin2, ADUN2 dan MP2 mereka, penganut2 hamPAS terus sembunyi kepala dalam cengkerang. Itulah penganut2 hamPAS MUDAH LUPA!!!!

    ReplyDelete

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...