Saturday, October 23, 2010

GALAS : Pok Nik Tekan Butang PANIK!!


Belum masuk lagi ke Fasa pertama PRK Galas, Pok Nik dah tekan butang panik. Ceritanya berlainan dengan PRK Manek Urai, kali ni Poknik tekan butang tu awal-awal lagi. Ditambah pula dengan penangguhan sidang DUN Kelantan. Tangguh sebab rata-ratanya ahli DUN dari PAS nak angkut pengundi di DUN Galas, dapat komisyen atau duit minyak seratus dua.

Andai kata ada 10 kali kerusi DUN Kelantan kosong, cuti memanjang la pekerja gomen. Apapun, selamat bercuti. Poknik bagi cuti tu bukan rasuah tu, dia nk suruh rakyat pergi bercuti.

Jadi, cuti di Kelantan ialah Khamis (4), Jumaat (5), Sabtu (6) dan saya rasa dapat cuti tambahan iaitu hari Ahad (7) sebab hari Perayaan Depavali jatuh pada Hari Jumaat, jadi Ahad sebagai Ganti.

-------------

KOTA BHARU 24 Okt. – Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan 4 November iaitu Khamis depan sebagai hari cuti peristiwa sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Aiseri Alias menerusi surat pekeliling arahan pentadbiran SUK di sini hari ini.

PRK DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandang wakil rakyat daripada Pas, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus 27 September lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 26 Oktober ini. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...