Makluman : Anda dinasihatkan agar membaca iklan dan memahami syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan sebelum membuat permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR). Untuk membuat permohonan, sila klik pada 'Permohonan KPLI-SR & KPLI j-QAF' A. IKLAN PERMOHONAN |
| |
| Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Mod Latihan Perguruan Sepenuh Masa dan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI j-QAF) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru(IPG). | |
|
|
|
| |||||
| 1.1 | Nama Program | : | KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR) Mod Latihan Perguruan Sepenuh Masa |
|
|
| Tempoh Pengajian | : | 1(Satu) Tahun |
|
|
| Mod Kursus | : | Sepenuh Masa |
|
|
| ||||
| 1.2 | Nama Program | : | KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR)j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah |
|
|
| Tempoh Pengajian | : | 1(Satu) Tahun Dan 6(Enam) Bulan |
|
|
| Mod Kursus | : | Latihan Perguruan Berasakan Sekolah (LPBS) |
|
|
| 2.1 | Kewarganegaraan | ||
|
| Pemohon mestilah warganegara Malaysia. | ||
| 2.2 | Kesihatan | ||
|
| Calon hendaklah sihat fizikal dan mental. | ||
| 2.3 | Umur | ||
|
| a. | Umur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Januari 2011 iaitu lahir pada atau selepas 31 Januari 1976. | |
2.3 | Kelayakan Akademik | |||
|
| a. | Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara. |
|
| b. | Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp |
|
| c | Calon Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan |
|
| d. | Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM. |
|
| e. | Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau SPM(V). |
| 3.1 |
| Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas diberi keutamaan. |
| 3.2 |
| Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum |
| 3.3 |
| Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan dan pengalaman mengajar akan diberi keutamaan. |
| 3.4 |
| Bagi pemohonan bidang pengajian di SJKC, calon perlu memiliki kepujian dalam Bahasa Cina di peringkat SPM atau SPM(V) kecuali permohonan bagi bidang pengkhususan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan; |
| 3.5 |
| Calon hendaklah bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman. |
| 4.1 |
| Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan. |
| 4.2 |
| Calon yang masih lagi terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti(KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah(LPBS) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia. |
| 4.3 |
| Calon yang pernah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan. |
| 4.4 |
| Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan. |
| 4.5 |
| Calon yang pernah atau sedang disabitkan dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah. |
|
|
|
|
| 5.1 | Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah(KPLI-SR) Mod Sepenuh Masa | |||||||||||||
|
| 5.1.1 | Sekolah Kebangsaan (SK). | ||||||||||||
|
|
|
|
| 5.1.2 | Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
|
| 5.1.3 | Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 5.2 | Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR)j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
| 5.2.1 | Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut: | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
| (i) Bahasa Arab | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
| (ii) Pendidikan Islam | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
| (iii) Pendidikan Islam Pendidikan Khas j-QAF |
| 6.1 | Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://kpli.moe.gov.my/application_jan2011/ mulai 11 Oktober 2010. |
|
| |
| 6.2 | Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). |
| 6.3 | Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang tersebut bagi mendapatkan maklumat iklan, kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan, struktur program dan kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan. |
| 6.4 | Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja. |
| 6.5 | Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan. |
| 6.6 | Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak. |
| 7.1 | Calon yang memenuhi syarat dan kelayakan asas untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah ini diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. (Sila rujuk Kalendar Aktiviti Permohonan KPLI Ambilan Januari 2011 di dalam Iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah untuk maklumat lanjut.) |
|
| |
| 7.2 | Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai ijazah yang tepat dan bersesuaian dengan bidang yang dipohon. (Sila rujuk senarai kesesuaian ijazah di dalam Iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah ini untuk maklumat lanjut). |
|
| |
| 7.3 | Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak TiketPanggilan Ujian daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan dibawa bersama semasa ujian. |
|
| |
| 7.4 | Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada laman sesawang. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon. |
|
| |
| 7.5 | Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa Surat Pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga. |
|
| |
| 7.6 | Calon yang berjaya ditawarkan kursus akan menerima surat tawaran rasmi semasa melapor diri di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan. |
|
| |
| 7.7 | Calon adalah dinasihatkan supaya terlebih dahulu membuat semakan kepada status kelayakan ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan dengan melayari portal di alamat berikut : |
| 7.8 | Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau tidak benar, boleh mengakibatkan permohonan ditolak. |
| Permohonan bagi Ambilan Januari 2011 ditutup pada 24 Oktober 2010. |
| Calon yang ditawarkan tempat mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan. Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di Institut Pendidikan Guru adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon. |
| Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus. |
| Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan : | ||
| BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU | Nombor Telefon : | 03-88841260 |
|
|
|
|
| URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU | Nombor Telefon : | 088–236804 |
|
|
|
|
| URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU | Nombor Telefon : | 082 – 258045 |
|
|
B. KESESUAIAN IJAZAH DENGAN BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN
Berikut adalah kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan yang ditawarkan: |
1. Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) Mod Latihan Perguruan Sepenuh Masa |
Bil | Kod Bidang Pengkhususan | Bidang Pengkhususan | Kesesuaian Ijazah | |
1. | A150M0000P (SJKC) | Bahasa Melayu | 1. | Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu (UM) |
2. | Ijazah Sarjana Muda Pengajian BahasaMelayu (USM) | |||
3. | Ijazah Sarjana Sastera (USM) | |||
4. | Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) (UPM) | |||
5. | Ijazah Sarjana Muda Sastera (UPM) | |||
6. | Ijazah Sarjana Muda Sastera (UPM) | |||
7. | Ijazah Sarjana Muda Sastera (UKM) | |||
2. | A110E0000P (SK) | Bahasa Inggeris | 1. | Sains Kemanusiaan (Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan) - UIA |
2. | Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan / Pengajian Inggeris - USM | |||
3. | Bahasa Inggeris - UM | |||
4. | Pengajian Inggeris - UKM | |||
5. | Bahasa Inggeris (Major) dan Kesusasteraan Bahasa Inggeris (Minor) - UPM | |||
3. | A110C0000P (SK) | Bahasa Cina |
| Bidang Bahasa |
4. | A110T0000P (SK) | Bahasa Tamil |
| Bidang Bahasa |
5. | A151M0000P (SJKC) | Matematik | 1. | Matematik / Permodelan Matematik / Statistik /Statistik Gunaan /Sains Pemutusan |
2. | Matematik (Industri / Kewangan / Komputasi) | |||
3. | Sains Aktuari - UKM | |||
4. | Sains Gunaan (Matematik / Aktuari) - UTM | |||
6. | A151S0000P (SJKC) | Sains | Animal Sc / Applied Chemistry / Applied Sc / Biochemistry / Biohealth Sc / Biological Sc / Biology / Biomedical Sc / Biomedicine / Bioscience / Chemical Sc / Chemistry / Dental Sc / Dental Surgeon / Doctor of Dental Surgeon / Doctor of Medicine / Doctor of Medicine (M.D) / Doctor of Veterinary Medicine / Ecology & Biodiversity / Genetic / Genetic & Molecular Biology ? health Physics / Industrial Chemistry / Industrial Physics / Material Sc / Medicine & Surgery / Microbiology / Optometry / Petroleum Chemistry / Pharmacy / Physics with Electronic / Science / Zoology | |
7. | A157B0000P (SJKC) | Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran | Biologi/ Bioperubatan Kejuruteraan/ Perubatan/ Sains Pertuturan/ Sains Audiologi, Terapi Cara Kerja/ Sains Kognitif/ Psikologi/ Biologi/ Psikologi Belia dan Pembangunan Komuniti/ Psikologi Kanak-kanak dan Keluarga/ Pendidikan Awal Kanak-kanak/ Psikologi Kaunseling/ Kejururawatan/ Bimbingan dan Kaunseling/ Prasekolah | |
8. | A157D0000P (SJKC) | Pendidikan Khas Masalah Pendengaran | ||
9. | A157L0000P (SJKC) | Pendidikan Khas Masalah Penglihatan | ||
10. | A156V0000P (SJKC) | Pendidikan Seni Visual | 1. | Sarjana Muda Seni Halus dgn Kepujian (Grafik Komunikasi) – (USM) |
2. | Sarjana Muda Seni Halus dgn Kepujian (Reka Bentuk Teknologi Media Baru – (USM) | |||
3. | Sarjana Muda Seni Halus dgn Kepujian (Reka Bentuk Produk) – (USM) | |||
4. | Sarjana Muda Sastera dgn Kepujian Seni Halus – USM | |||
5. | Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka dgn Kepujian (Seni Halus) – (UITM) | |||
6. | Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka dgn Kepujian (Seni Reka Grafik) – (UITM) | |||
7. | Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka dgn Kepujian (Seni Tekstil) – (UITM) | |||
8. | Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka dgn Kepujian (Seni Reka Seramik) – (UITM) | |||
9. | Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka dgn Kepujian(Seni Reka Fesyen) – (UITM) | |||
10. | Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka dgn Kepujian (Seni Reka Logam Halus) – (UITM) | |||
11. | Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka dgn Kepujian (Seni Reka Perindustrian) – (UITM) | |||
12. | Ijazah Sarjana Muda Teknologi seni Visual dgn Kepujian – (UMS) | |||
13. | Ijazah Sarjana Muda Sastera dgn Kepujian (Seni Kreatif) – (UMS) | |||
14. | Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dgn Kepujian (Seni Halus) – (UNIMAS) | |||
11. | A156J0000P (SJKC) | Pendidikan Jasmani | 1. | Sains Sukan |
2. | Sains Senaman dan Sukan | |||
12. | A157K0000P (SJKC) | Bimbingan dan Kaunseling | 1. | Kaunseling (UM / UMT / UNIMAS / UUM / USIM) |
2. | Psikologi Kaunseling (UMS) | |||
13. | A157C0000P (SJKC) | Pendidikan Pemulihan | 1. | Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu (UM) |
2. | Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Melayu (USM) | |||
3. | Ijazah Sarjana Sastera (USM) | |||
4. | Ijazah Sarjana Muda Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu (UPM) | |||
5. | Ijazah Sarjana Muda Sastera (UPM) | |||
6. | Ijazah Sarjana Muda Sastera (UPM) | |||
7. | Ijazah Sarjana Muda Matematik/ Matematik Industri/ Matematik | |||
8. | Memperoleh kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia | |||
9. | Memperoleh kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia) | |||
14. | A154K0000P (SJKC) | Kemahiran Hidup | 1. | Bidang Kejuruteraan |
2. | Bidang Perniagaan *Kecuali **Kecuali | |||
3. | Bidang Pertanian | |||
15. | A157M0000P (SJKC) | Pendidikan Muzik | 1. | Seni Muzik Komposisi/ Seni Muzik Persembahan/ Seni Lukis/ Seni Reka/ seni Persembahan (Seni Layar) - UITM |
2. | Seni Persembahan Muzik/ Seni Persembahan Drama/ Seni Persembahan Tari - UM | |||
3. | Seni Muzik (Seni Persembahan dan Pedagogi)/ Sastera (Muzik)/ Arahan dan Seni Lakon – USM | |||
4. | Persembahan Muzik - UPM | |||
5. | Muzik - UNIMAS | |||
6. | Pengajian Muzik/ Pendidikan Seni Kreatif - UMS | |||
16. | A156C0000P (SJKC) | Pengajian Sosial | 1. | Sains Sosial (Antropologi & Dakwah) – UDM |
2. | Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa/Pengurusan Awam/ | |||
3. | Sains Ukur & Geomatik – UiTM | |||
4 | Sastera (Geografi & Sejarah)/Sains Kemasyarakatan | |||
5 | Sosiologi & Antropologi/Geografi/Sejarah/Geologi/ | |||
6 | Sejarah & Tamadun/Sosiologi & Antropologi – UIA | |||
7 | Sains Sosial & Kemanusiaan (Antropologi & Sosiologi)/ | |||
8 | Sains (Geologi – Geologi Gunaan/Geografi/ Sains & | |||
9 | Pengajian Warisan – Universiti Malaysia Kelantan | |||
10 | Bacelor Sains (alam Sekitar)/Bacelor Pengurusan Alam | |||
11 | Sains Remote Sensing/Sains Geoinformatik – UTM | |||
12 | Kajian Khidmat Sosial/Pengajian Kerja Sosial – UNIMAS IPTS/IPT Luar Negara (yang diiktiraf) Geografi | |||
17. | A117P0000P (SK) | Prasekolah | Psikologi Belia dan Pembangunan Komuniti/ Psikologi Kanak-kanak dan Keluarga/ Psikologi Kaunseling/ Kejururawatan/ Sains Kognitif/ Psikologi/ Kaunseling/ Bimbingan dan Kaunseling/ Prasekolah/ Pendidikan Awal Kanak-kanak |
|
2. Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) |
Bil | Kod Bidang Pengkhususan | Bidang Pengkhususan | Kesesuaian Ijazah | |
1. | A210A0000L | Bahasa Arab | 1 | Aqidah dan Dakwah |
2 | Aqidah dan Falsafah | |||
3 | Bahasa Arab | |||
4 | Bahasa Arab dan Peradaban | |||
5 | Bahasa Arab dengan Pendidikan | |||
6 | Dakwah dan Pembangunan Insan | |||
7 | Dakwah dan Pembangunan Sumber Manusia | |||
8 | Dakwah dan Pengurusan | |||
9 | Pengajian Islam dan Bahasa Arab | |||
10 | Pengajian Al-Quran dan Qiraat | |||
11 | Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah | |||
12 | Pengajian Arab & Tamadun Islam | |||
13 | Pengajian Dakwah & Kepimpinan | |||
14 | Pengajian Islam | |||
15 | Pengajian Islam (Dakwah) | |||
16 | Pengajian Islam (Syariah) | |||
17 | Pengajian Islam (Usuluddin) | |||
18 | Pengajian Islam dan Pendidikan Bahasa Arab | |||
19 | Pengajian Islam dan Pengajian Melayu | |||
20 | Pengajian Islam dan Sejarah | |||
21 | Pengajian Islam dengan Teknologi Maklumat | |||
22 | Perbandingan Mazhab dan Hukum | |||
23 | Qiraat | |||
24 | Syariah dan Ekonomi | |||
25 | Syariah dan Pengajian Islam | |||
26 | Syariah dan Pengurusan | |||
27 | Syariah dan Pengajian Islam | |||
28 | Syariah dan Pengurusan | |||
29 | Syariah dan Politik | |||
30 | Syariah dan Undang-Undang | |||
31 | Tafsir | |||
32 | Tafsir dan Hadis | |||
33 | Tafsir dan Ulum Quran | |||
34 | Tahfiz Al-Quran dan Qiraat | |||
35 | Takhasus Qiraat | |||
36 | Tarbiah | |||
37 | Usuluddin | |||
38 | Usuluddin & Falsafah | |||
39 | Usuludin dan Perbandingan Agama |
C. STRUKTUR PROGRAM
KPLI-SR MOD SEPENUH MASA | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
1. | Tempoh Pengajian | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Tempoh pengajian bagi program ini ialah satu tahun iaitu dua semester. Calon yang berjaya terpilih akan ditempatkan di mana-mana institut pendidikan guru di seluruh Malaysia. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2. | Komponen dan Mata Pelajaran | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Komponen dan mata pelajaran KPLI Ambilan Januari 2011 adalah seperti berikut: | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
KPLI j-QAF MOD LPBS | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
1. | Tempoh Pengajian | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Tempoh pengajian bagi program ini ialah lapan belas bulan iaitu tiga semester. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2. | Komponen dan Mata Pelajaran | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Komponen dan mata pelajaran KPLI j-QAF Mod LPBS Ambilan Januari 2011 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3. | Ikatan Perjanjian Pendidikan Guru | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Calon yang telah menyempurnakan kursus adalah tertakluk dengan Ikatan Perjanjian |
D. | KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN KPLI SR MOD SEPENUH MASA DAN KPLI j-QAF MOD LPBS |
| AMBILAN JANUARI 2011 |
Bil | Aktiviti | Tarikh |
1 | Iklan permohonan KPLI Ambilan Januari 2011. | 10 Oktober 2010 |
2 | Permohonan dibuka (Permohonan dibuat secara online). | 11 Oktober 2010 |
3 | Permohonan ditutup. | 24 Oktober 2010 |
4 | Semakan online nama calon yang berjaya menduduki Ujian MTeST. | 08 November 2010 |
5 | Ujian MTeST seluruh negara (Sila bawa Tiket Panggilan Ujian). | 13 November 2010 |
6 | Semakan online nama calon berjaya dipanggil temu duga. | 03 Disember 2010 |
7 | Temu duga KPLI Ambilan Januari 2011. | 13 hingga 24 Disember 2010 |
8 | Semakan Tawaran calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG). | 22 Januari 2011 |
9 | Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru. | 31 Januari 2011 |
Perhatian : Aktiviti dan Tarikh yang dinyatakan tertakluk kepada perubahan semasa.
UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN
Permohonan KPLI-SR & KPLI j-QAF | |
Semakan maklumat permohonan | |
Kemaskini maklumat permohonan |
No comments:
Post a Comment
Salam,
Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..
Wassalam...