Tuesday, October 12, 2010

Lucut Gelaran Datuk - Jangan ikut rentak pembangkang

Jangan jadi macam pembangkang yg menuduh Sultan Melayu bersekongkol dengan UMNO dalam penarikkan balik darjah kebesaran Dr Chua. Memberi atau menarik balik sesuatu darjah kebesaran adalah dibawah al-Sultan yg mengurnikannya.

Jadi kepada para penyokong tok Him, tak perlulah mengikut rentak pembangkang seperti yang berlaku di Johor baru-baru ini. Ingat, kita orang Melayu berpayung dibawah al-Sultan dan Raja-Raja Melayu.

Jadi, tak perlu lah buat spekulasi sendiri untuk menuduh parti tu parti ni yang punya angkara. Kena ingat, Institut kesultanan dan Raja-raja Melayu bebas dari pengaruh politik. Kalau penyokong tok Him bantai macam mereka bantai UMNO semasa Dr Chua dilucut gelaran Datuk, maknanya penyokong tok Him sama la ngan pembangkang..

Kita akur dan terima apa yang Al-Sultan titahkan. Ada sebabnya baginda berbuat demikian. Tidakkah kita yang menyokong kuat Raja-Raja Melayu. Bukan macam ada sesetengah pihak tu yang mahu mengurang dan mengecilkan kuasa Sultan dan orang Melayu.

Daulat Tuanku...

2 comments:

  1. Bersabarlah ! tunjukkan taat setia kita orang melayu kepada raja kita.

    ReplyDelete
  2. Sabar, Datuk Him...! Inilah masa nak buktikan bahawa pangkat dan darjah bukan yang dikejar.., tetapi sebaliknya.., hanya survival orang2 melayu yang menjadi agenda utama. Allah menguji tiap pejuang..., dan peristiwa ini pastilah satu ujian Allah jua.

    ReplyDelete

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...