Wednesday, October 13, 2010

Indomie Selamat Dimakan (Di Malaysia)


PUTRAJAYA 13 Okt. - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa bahan pengawet yang terdapat dalam produk mi segera ‘Indomie’ yang diimport dari Indonesia adalah selamat dan tidak mendatangkan risiko kesihatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bahan itu yang dikenali sebagai ‘hydroxyl-benzoic acid methyl ester’ mendapat pengesahan penggunaan daripada Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa Bersatu dan sebuah jawatankuasa pakar bahan makanan antarabangsa yang ahlinya terdiri daripada pakar-pakar makanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Bahan pengawet ini selamat untuk digunakan dalam makanan mengikut had yang telah ditetapkan,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Serantau WHO bagi Pasifik Barat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini yang memasuki hari ketiga hari ini.

Tiong Lai berkata, bahan pengawet itu yang berbentuk garam serta sering terdapat dalam produk snek dan makanan ringan mempunyai amaun yang boleh dimakan sehingga 10mg/kg berat badan sehari tanpa memberi kesan kepada kesihatan dalam jangka masa panjang. - Bernama

---------
Mee yg tak selamat ialah meeyabi.. erk, joke je

No comments:

Post a Comment

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...