Sunday, October 31, 2010

SAPP dah nak sama macam tentera Jepun?

Slogan/Propaganda Jepun semasa perang dunia ke-2 di Asia "ASIA UNTUK ORANG ASIA"/
"ASIA UNTUK ASIA"


Slogan tu lah yang menyebabkan tiada penentangan yang serius dari kalangan orang Melayu di Tanah Melayu. Tetapi, hakikat sebenar, orang ASIA menderita dan merana bertahun tahun gara-gara slogan 'Asia untuk orang Asia' ciptaan Jepun.

Slogan tu, nampak lebih kurang sama dengan SAPP iaitu ‘Sabah untuk orang Sabah’.

SANDAKAN 31 Okt. - Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek hari ini mengingatkan Parti Maju Sabah (SAPP) agar tidak memainkan isu ‘Sabah untuk orang Sabah’ sebagai modal politik untuk meraih sokongan pengundi.

"Politik seperti itu sudah ketinggalan zaman. Tak perlulah membangkitkan kebencian. Apa yang diperlukan ialah politik pembangunan. Kita perlu bekerjasama dan terus maju ke hadapan.

"Memainkan isu untuk memperjuangkan autonomi atau sesuatu yang bersifat eksklusif, seperti ‘Sabah untuk orang Sabah’, adalah salah.

"Sabah telah diberi beberapa penghormatan dan sekurang-kurangnya lima menteri dalam Kabinet Persekutuan berasal dari negeri ini,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...