Thursday, October 7, 2010

Limpahan Kondom di Perkampungan Sukan


NEW DELHI - Sukan Komanwel ke-19 di sini, kini menjadi tumpuan berita tetapi kali ini untuk sebab yang berbeza -- kondom.

Ribuan kondom yang telah digunakan telah menyebabkan longkang di perkampungan sukan tersumbat selepas para atlet membuangnya di dalam tandas mereka.

Sebuah akhbar harian tempatan melaporkan petugas penyenggaraan yang geram dengan keadaan itu terpaksa memanggil tukang paip bagi membersihkan kondom yang melekit itu di tandas apabila para atlet mengadu bahawa tandas mereka tersumbat.

Mereka dapati kondom-kondom itu adalah penyebabnya.

Ketika diminta mengulas isu itu, ketua Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) Mike Fennell menjawab " ini menunjukkan para atlet bertanggungjawab."

"Harap mereka (petugas) membersihkan tandas-tandas itu. Jika itu ceritanya, sudah tentu ia positif. Ia menunjukkan penggunaan kondom, para atlet kini semakin bertanggungjawab.

Sebelum ini, banyak sangat kontroversi bagi mempromosikan seks yang selamat," kata Fennnell kepada media hari ini.

Para penganjur telah memasang 200 mesin menjual kondom sekitar perkampungan sukan dan kira-kira 100,000 kondom akan diedar secara percuma kepada para atlet sepanjang temasya itu.

Dan jenama kondom percuma itu ialah "Play Safe". - Bernama

3 comments:

  1. Salam Bro..

    Ni nak bersukan ke atau nak kongkek.(org cina cakap)..rosak..rosak

    ReplyDelete
  2. Ada pulak acara sukan yang tak tersenarai berlangsung.Negara mana yang bakal dapat pingat emas agaknya?

    ReplyDelete
  3. Rasanya acara 'memanah' dan 'rejam lembing' ni.. hahaha

    ReplyDelete

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...