Ni kampung aku.
Sebab nama Bunohan:
1. Ada orang tua-tua kata, orang kampung dulu2 banyak memasang bubu (belat) di sebuah lubuk (sempadan dengan kg Jubakar Darat). Kerja menyiang (membunuh) ikan dilubuk itu juga membuatkan tergelarnya Kg Bunohan.
2. Tetapi lain yg ayah aku cerita, kg Bunohan dapat nama kerana orang kampung banyak sangat membunuh askar Siam semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Ye la kan, semasa Jepun datang ke Tanah Melayu, Siam memberikan laluan kepada Jepun untuk serang Tanah Melayu melalui jalan darat (lalu melalui Siam - apa punya jiran daa). Sebagai balasan, Jepun menghadiahkan Kelantan kepada Siam. Askar Siam banyak membuat onar disini, orang kg bersatu padu untuk membendung askar Siam yg membuat onar ini.
Waullahu a'lam..
No comments:
Post a Comment
Salam,
Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..
Wassalam...