Sunday, March 27, 2011

Ladang Rakyat

Pernah berlaku, Ladang Rakyat tak wujud, tapi duit dapat, lepas PRU senyap


JELI, 26 Mac (Bernama) -- Kerajaan PAS Kelantan perlu menjelaskan kepada masyarakat mengenai program Ladang Rakyat kerana ramai belum mengetahui konsep program itu, kata Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Mana hitam putih program Ladang Rakyat itu? Apa konsep dia...sampai sekarang tidak terjawab. Saya minta (kerajaan negeri) buat buku untuk menjelaskannya.

"Rakyat mahu tahu siapa yang usahakan (ladang Rakyat) dan mengikut model apakah program ini," katanya kepada pemberita selepas bertemu penduduk di beberapa buah kampung, di sini hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata tindakan kerajaan Kelantan itu juga seolah-olah menipu rakyat.

Kegagalan kerajaan negeri menjelaskan perincian program itu juga menimbulkan rasa marah pada kalangan rakyat termasuk penduduk Orang Asli di Gua Musang, kata beliau.

Mustapa turut membangkitkan beberapa isu lain termasuk Bazar Tok Guru dan bekalan air bersih yang masih belum ditangani kerajaan PAS Kelantan.

Kesemua isu tersebut akan dijadikan senjata Umno pada pilihan raya umum akan datang, katanya.

Mengulas perkembangan kempen 'Gelombang Merah' yang dilancarkan Umno Kelantan baru-baru ini, Mustapa berkata program itu mendapat sambutan baik rakyat sekali gus memberi sinar kebangkitan semula parti tersebut dan Barisan Nasional (BN).

"Kita mahu gelombang menjadi ombak besar dan seterusnya menjadi tsunami politik di Kelantan dan mengembalikan negeri ini ke tangan BN semula," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...