Thursday, March 31, 2011

Isu Bazar Tok Guru Di SPRM-kan

Seorang Exco Kelantan pernah 'membewok pasir-kan' peniaga kecil Melayu.
Baca sini sepenuhnya

KOTA BHARU 31 Mac – Kira-kira 30 peniaga Pasar Lama MPKB membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi menggesa siasatan dibuat berhubung transaksi wang bernilai RM44.8 juta membabitkan urusan jual beli pasar itu, Bazar Tengku Anis dan Bazar Tok Guru.

Peniaga terbabit mendakwa, transaksi tersebut menimbulkan tanda tanya memandangkan Kerajaan Pas Kelantan dikatakan telah menjual Pasr Lama MPKB dengan nilai RM3.8 juta kepada sebuah syarikat swasta dan pada masa sama membeli tingkat satu Bazar Tengku Anis dengan harga terlalu tinggi iaitu RM18 juta untuk menempatkan mereka di situ.

Mohd. Zaman Yusoff yang mengetuai kumpulan peniaga terbabit berkata, Bazar Tok Guru juga perlu disiasat, bagaimana bazar itu yang asalnya dibangunkan oleh Perbadanan Menteri Besar kelantan (PMBK), akhirnya terpaksa dibeli balik daripada pemaju swasta dengan jumlah RM23 juta.

"Kami mahu tahu kenapa Kerajaan Pas Kelantan jual Pasar Lama MPKB dengan harga hanya RM3.8 juta tapi beli Bazar Tengku Anis dengan harga sangat tinggi bernilai RM18 juta untuk tempatkan peniaga yang asalnya berniaga di Pasar Lama MPKB.

"Lepas tu tanpa pasal-pasal boleh pula beli Bazar Tok Guru berharga RM23 juta, sedangkan asalnya memang milik Kerajaan Pas Kelantan. Kenapa perlu beli balik," tegasnya ketika ditemui di pekarangan pejabat SPRM Kelantan di sini, hari ini. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...