MOHD. FATMI menunjukkan surat pengosongan bangunan pasar MPKB
sambil disaksikan Salim (kiri) dan para peniaga lain di Kota Bharu semalam.
Terdahulu; PAS gelar peniaga Melayu ni sebagai biawak pasir
sambil disaksikan Salim (kiri) dan para peniaga lain di Kota Bharu semalam.
Terdahulu; PAS gelar peniaga Melayu ni sebagai biawak pasir
KOTA BHARU – Selepas sekian lama berjuang mempertahankan ‘periuk nasi’ mereka, 300 peniaga Pasar Besar Arked MPKB akhirnya terpaksa mengalah apabila menerima surat arahan mengosongkan bangunan pasar tersebut selewat-lewatnya pada 30 Mac ini.
Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Besar Arked MPKB, Ab. Salim Ahmad berkata, surat tersebut diterima daripada syarikat yang mengendalikan pasar itu pada 22 Mac lalu.
Salim mendakwa, tarikh 30 Mac itu tidak menepati janji seorang exco kanan kerajaan Kelantan baru-baru ini yang memberi tempoh sehingga 31 Mei untuk berpindah.
“Kami sudah beritahu Menteri Besar tetapi beliau membisu sampai sekarang,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. ~ Kosmo
Sebelum itu;
Penceramah keempat, Nik Aziz,menyatakan agak tidak sesuai menggunakan perkataan “Penakut’ kepada YB-YB kerana perkataan tersebut telah memalukan YB-YB yang berada dipentas. Beliau juga terkejut dengan nada suara tinggi penceramah kedua tersebut yang dikatakannya sebagai “pongoh’, beliau juga memaklumkan beliau juga pun ada pongoh juga tp sekarang dah tua.Beliau menamatkan ceramah yang mungkin tidak sampai 3-4 minit mungkin kerana MARAH dan MERAJUK.mungkin terkilan kerana penceramah kedua menggelarkan YB-YB PAS sebagai penakut.Baca penuh disini; SINI
No comments:
Post a Comment
Salam,
Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..
Wassalam...