Thursday, March 24, 2011

Kes Penyelewengan Wang Ditutup Ekoran Kematian Teoh

KUALA LUMPUR 24 Mac - Suruhanjaya untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini diberitahu bahawa kes siasatan penyelewengan wang peruntukan oleh dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor terpaksa ditutup ekoran kematian Beng Hock.

Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Penyiasatan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd. Anuar Ismail berkata, kematian Beng Hock membantutkan siasatan dan merugikan SPRM kerana ia tidak boleh diteruskan tanpa Beng Hock.

Katanya, penutupan kes itu diberitahu oleh pegawai penyiasat bernama Syafik, yang mengambil alih kes itu daripadanya.

Dua kes itu membabitkan siasatan dakwaan penyelewengan di kawasan Seri Kembangan dan Kampung Tunku bagi tahun 2008 hingga 2009.

Selain itu Anuar yang dipanggil sebagai saksi ke-24 turut memberitahu, beliau berasa marah dengan tindakan Beng Hock yang terjun dari bangunan pejabat SPRM kerana kematian itu menyusahkan dirinya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...