Friday, March 11, 2011

'Lubang Kubur' Untuk Peniaga Kelantan

Buku yg amat wajar kita dapatkan. Ketahuilah kesusahpayahan peniaga2 Melayu Kelantan dibawah pimpinan EmBi sekarang, janji yang tinggal janji. Semuanya tertulis didalam buku ini.


Disalin bulat2 dari blog Kick

--------------------------------------

Tajuk asal : Orang Tulis Buku Ini Tulis Yang Betul


Update 9.52 am 11 Mac 2011

Berikut adalah email yang telah saya terima dari seorang pembaca blog ini. Saya ucapkan jutaan terima kasih.

salam kickdefella..

Saya bru balik dari majlis maulidur rasul di Parking Arked Uda yang bermula jam 2.30 ptg td sambil2 menanyakan reaksi peniaga selepas majlis berlangsung.

Penceramah pertama, pengerusi Arked Uda, secara terang sambil berkias mengenai penganiyaaan yang dilakukan oleh kerajaan negeri kpd peniaga dengan menggelarkan bermacam gelaran buruk spt “biawak pasir, pikir dgn kepala lutut dll.

Penceramah kedua, pengerusi Pasar MPKB pula lebih lantang, nada suaranya tinggi dan straight-forward terutamanya dengan menyatakan YB-YB yang ada di KB adalah penakut,tidak turun padang, sering mengelak drp menemui rakyat, menipu tok guru dan YB Parlimen KB tidak berani dan pelbagai lg sehingga menyebabkan YB-YB yang hadir menekap muka tersipu malu trutama YB Zaki dan YB Fatah,

Penceramah ketiga,Husam,seperti biasa meneutralkan keadaan yang mungkin panas disebabkan dimalukan mengenai pembongkaran dan pentadbiran Kerajaan negeri oleh kedua-dua penceramah awal.
point yang husam gunakan :
1)bersetuju merendahkan sewa bazar tok guru.
2)Insuranse sekiranya berlaku kematian.
3)akan membuat stor di rooftop kpd peniaga
4)kekecohan ini sebenarnya disebabkan oleh Uda Holding yang menghalau peniaga.
5)Bazar Tok Guru akan diberikan secara percuma sekiranya Kelantan mendapat royalti minyak yang perbicaraan yang akan bermula tidak lama lagi.
6)Hanya pemimpin PAS yang berani bertemu muka peniaga2 bg menyelesaikan masalah ini.Menteri tak ambil tahu.
7)Bazar Tok Guru akan berjaya sama seperti Pasar Borong Wakaf Che Yeh.
8) Tahun pertama peniaga tidak perlu membayar sewa.

Penceramah keempat, Nik Aziz,menyatakan agak tidak sesuai menggunakan perkataan “Penakut’ kepada YB-YB kerana perkataan tersebut telah memalukan YB-YB yang berada dipentas. Beliau juga terkejut dengan nada suara tinggi penceramah kedua tersebut yang dikatakannya sebagai “pongoh’, beliau juga memaklumkan beliau juga pun ada pongoh juga tp sekarang dah tua.Beliau menamatkan ceramah yang mungkin tidak sampai 3-4 minit mungkin kerana MARAH dan MERAJUK.mungkin terkilan kerana penceramah kedua menggelarkan YB-YB PAS sebagai penakut.

saya agak “rugi” pd saya krn tak dapat mengambil gambar2 krn kehabisan bateri hset td.Antara gambar2 “mahal” spt para VIP dan YB-YB membaca buku saudara di bawah pokok semasa menunggu ketibaan Nik Aziz.semua dikalangan mereka membaca dengan penuh kusyuk.bahkan ada YB masih lg membacanya diatas pentas semasa majlis sedang berlangsung dan begitu juga dengan gambar semua para VIP dan YB menekap muka dalam masa sama/serentak termasuk Nik Aziz krn mungkin malu dan terkejut dgn kelantangan pengerusi Pasar MPKB berucap.

Update 7.30pm 10 Mac 2011

Peniaga Pasar Lama MPKB dan Arked UDA kecewa bila Nik Aziz hanya berucap tiga minit sahaja dan terus berhenti. Mereka jelas nampak Nik Aziz tidak boleh menerima kritikan dan tidak boleh menerima teguran. Tindakan Nik Aziz yang di katakan ‘mechok’ itu menunjukkan sifat sebenar Nik Aziz. Nik Aziz langsung tidak mengulas teguran dan permasalahan yang dihadapi oleh peniaga.

Husam pula di dalam ucapannya masih cuba menunding jari kepada pihak lain dan mendakwa kononnya akan berjumlah Pengerusi UDA di Parlimen dan menulis surat kepada Perdana Menteri. Husam sepatutnya merasa malu. Isu UDA sudah tidak berbangkit. Isu UDA sudah selesai. UDA sudah bersetuju membenarkan peniaga terus kekal di situ sehingga mereka menemui ruang niaga lain yang lebih sesuai. Jadi apalagi yang hendak Husam salahkan UDA?

Original Posting

Suasana panas di Arked UDA. Kerajaan Negeri Kelantan menganjurkan Majlis Maulud di Perkarangan Arked UDA hari ini dalam usaha memujuk peniaga berpindah ke Lubang Kubur Tok Guru. Seorang wakil peniaga dilaporkan telah mengangkat buku Bazar Tok Guru – Dari Ruang Niaga Ke Lubang Kubur ke arah Nik Aziz dan berkata, jangan marah kepada orang yang tulis buku ini, penulis ini tulis benda betul.

Alhamdulillah ada lagi rakyat Kelantan yang berani mempertahankan maruah dan kebenaran di hadapan Menteri Besar Kelantan, yang boleh memasukan seseorang ke dalam neraka dengan hanya kesalahan tidak mengundi pihaknya.

Saya yakin masih ramai rakyat Kelantan yang berani dan bersedia memperjuangkan kebenaran.

Saya yakin jika kita berpadu tenaga bersatu kita boleh bersama-sama mendesak yang tidur agar bangun, yang capek agar berlari dan yang buta agar melihat. Itu adalah sifat ahli-ahli politik di bawah Nik Aziz di Kelantan.

Bangkitlah Umat Muhammad. Darah kita sama merah, shahadat dan selawat kita sama sahaja.

Peniaga-peniaga Melayu di Kelantan memerlukan sokongan dan pembelaan kita. Tunaikanlah tangunggjawab kita kepada saudara kita. Belalah mereka.

Kita sudah lihat bagaimana saudara kita di Utara Afrika dan di Timur Tengah telah bangkit menentang kebobrokan peminpin tua yang lupakan rakyatnya. Masanya sudah tiba untuk kita bersama-sama saudara kita menentang kemungkaran yang berselindung atas nama Allah dan segala kebesarannya.

Allahu Akhbar! Saya bersama-sama dengan peniaga Melayu Kelantan, anda bagaimana?

Saya hadiahkan satu ribu biji buku mengenai Bazar Tok Guru ini kepada sahabat-sahabat kita para peniaga di Arked UDA dan Pasar MPKB, anda boleh beli buku ini dari mereka. Wang anda akan dimasukan ke dalam tabung mereka untuk membiayai aktiviti-aktiviti kedua-dua persatuan ini.

No comments:

Post a Comment

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...