Sunday, March 27, 2011

Hikmah Di Sebalik Isu Lelaki Y

Jangan terlalu memandang serong kepada Lelaki Y, kerana dia banyak membantu masyarakat kita ke arah lebih banyak membaca, mengkaji dan cuba memahami sesuatu subjek/metapelajaran yang selama ini bagi sesetengah orang, tidak ambil kisah langsung.

Antara subjek tersebut;

1. Biologi / Sains.


Isu terjumpanya DNA didalam saluran najis mangsa dan 'kedegilan' lelaki Y untuk memberikan DNA menyebabkan pakcik-pakcik di kedai kopi berbahas perihal DNA walaupun mereka tidak tahu apa itu DNA pada asalnya. Secara tidak langsung, pakcik-pakcik tadi menjadi saintis walhal dia pada masa mudanya hanya sekolah setakat darjah 5 sekolah atap (atau ada yg tak sekolah langsung). DNA

2. Subjek Visual (Kesan Visual) dan Perfileman


Dengan terdedahnya satu video sex (masuk matapelajaran sex) yg pelakon lelaki dikatakan sebagai lelaki Y, maka ramai yg jadi pakar dalam bidang 'Kesan Visual/Video Editing' dan seumpama. Ramai yang mati-mati 'bersilat' untuk mengatakan video tersebut di sunting. Ada yg mendakwa pelakon di 'make up' sama seperti filem Mission Impossible (MI). Pakar ada mengulasnya di SINI

3. Subjek Geografi


Apabila seorang blogger mendedahkan 'kesangsian' masa pada Twitter dan FB lelaki Y, ramai yang 'baru' tahu perihal Daylight Saving Time (DST), ulasan lanjut boleh baca diSINI

Daylight Saving Time (or summertime as it is called in many countries) is a way of getting more light out of the day by advancing clocks by one hour during the summer. During Daylight Saving Time, the sun appears to rise one hour later in the morning, when people are usually asleep anyway, and sets one hour later in the evening, seeming to stretch the day longer. Baca lanjut

Dan banyak lagi mata pelajaran sampingan seperti;

Perubatan (Dicucuk Arsenik tapi tidak mati/sakit) dan dicucuk virus HIV.

Subjek Sains Sukan atau Kokurikilum (Lari ke kedutaan Turki - bila didakwa ada pembunuh upahan mahu membunuh Lelaki Y).

Subjek Perniagaan atau Pengiklanan (Jam Omega dan 'naikkan sale' perakam video (CCTV) iCatch)

Dan banyak lagi..

No comments:

Post a Comment

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...