Saya menulis mengenai ‘Pro Kerajaan Menguasai Blog’Tulisan itu mendapat respon oleh blog Suara Majlis bahkan turut disahut sebuah blog picisan dari daerah pedalaman Pahang dengan tajuk: ‘UMNO gagal Menjuarai Media Sosial’. Kemudian saya menulis pula ‘UMNO Bahagian-bahagian Yang Buta Hati’ dan disahut pula oleh blog RMF7 (Mana Pejuang “Bilik Perang” UMNO) Semuanya berkenaan keupayaan UMNO dalam menjuarai media sosial.
Saya berpendapat bahawa blog ‘Unit Media Baru PPUM’ adalah sebagai blog induk yang kemudiannya memantau segala blog-blog lainnya seperti; UMB Pahang, UMB Penang, Unit Media Wangsa Maju, DUN11 Permatang Pasir, Penanti Bangkit, Pemuda UMNO Permatang Pauh, Pemuda UMNO Nibung Tebal, UMB Pemuda UMNO Kelantan, UMB Melaka dan Pemuda Balik Pulau.com
Kesimpulan ini saya ambil berdasarkan link yang didapati dari blog UMB Negeri Pulau Pinang. Dari blog Induk @ UMB PPUM langsung tidak terdapat link-link yang disebutkan tadi seolah-olah mereka tidak bergeak dalam satu pasukan dan tidak saling bantu membantu sesama mereka.
Blog UMB Kelantan dan UMB Melaka sudah 9 bulan tidak dikemaskinikan. Mungkin masa 9 bulan ini adalah masa melahirkan anak, justru selepas 9 bulan nanti pasti mereka akan dapat bergerak aktif semula, hehehe! UMNO kita!
Apakah alasan yang akan mereka berikan untuk tidak dapat bergerak atau bergerak cergas ini? Jawapan utama semestinyalah masalah dana @ kewangan dimana admin. nya tidak diberikan peruntukkan secukupnya bagi membolehkan jari-jari mereka mengetuk kekunci di laptop masing-masing. Mari kita tanyakan pula kepada blogger pro kerjaan yang lain yang selama ini berjuang membela kerajaan dan UMNO apakah mereka mendapat sebarang dana? Jawapannya usahkan dapat mendapat dana, ucapan terima kasihpun mereka tidak pernah terima, namun mereka tetap juga menulis. Bukan setakat 9 bulan sekali, atau seminggu sekali, bahkan sampai sehari 2 kali.
Di Pahang, beberapa siri kursus penulisan blog telah dianjurkan oleh ketua UMB Pahang merangkap Setiausaha Politik MB merangkap blogger ‘Small Talk’. Kita tidak hendak pertikaikan berapa belanja yang telah dikeluarkan tetapi kita persoalkan apakah buah yang telah dihasilkan?
Saya membayangkan satu organisasi yang tersusun dapat diujudkan dengan memantau semua blogger pro kerajaan serta menaungi mereka, menyebarkan maklumat serta isu-isu yang dibangkitkan bagi menyerang serta menangkis serangan lawan. Namun saya langsung tidak diberikan tempat untuk bersama berjuang sehingga saya harus berjuang secara bersendirian. Apakah masalah sebenar UMNO sehingga tidak boleh menerima orang lain yang diangap sebagai orang luar dari kalangan mereka?
Di negeri-negeri lainpun media UMNO menghadapi masalah sama. Gagal menyerlah dan menjuarai media sosial. Menulis bukanlah satu tugas yang mudah. Selain dari harus banyak pengetahuan dan pemahaman mengenai politik dan isu semasa, penulis juga perlu ada minat secara semulajadi dan komited dengan penulisan. Justru, tidak semua yang ingin kita bentuk sebagai penulis akan mampu lahir sebagai penulis yang baik. Kenapa tidak UMB negeri-negeri menggunakan khidmat blogger yang sedia ada, yang kita percaya akan ketaatan dan kesetianya terhadap perjuangan, yang sudah terbukti kemampuannya dalam penulisan serta yang sudah jelas kommitmennya. Benar, kita perlu juga adakan kursus-kursus bagi menwujudkan barisan pelapis kerana yang ada pasti akan patah, dan yang patah perlukan penggantinya.
Dalam tulisan yang lalu saya telah nyatakan kekuatan kerajaan di media sosial khususnya blog adalah atas bantuan blogger pro kerajaan. Kita andaikan jika blogger pro kerajaan ini berpaling arah? Sudah tentunya UMNO akan kalah dalam peperangan di media.Kegagagalan UMNO adalah kerana UMNO sendiri. Kerana sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO sendiri yang masih merasakan bahawa mereka sentiasa benar, kehendak mereka adalah perintah dan mereka adalah pemerintah dan kuasa mereka akan kekal selamanya.
Tuesday, March 8, 2011
Kemana UMB Kelantan? :-D
Artikel braveheart di ambil di sini: http://www.mykmu.net/?p=5096
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam bro... untuk makluman Unit Media Wangsa Maju bukan Unit Media Baru UMB... itu adalah inisiatif Papa dan juga beberapa rakan rakan Blogger yang dari wangsa maju.. takde kena mengena sekali dengan UMB.. harap maklum
ReplyDeleteapa pun UMB dan biol sekarang ni
Terima kasih kerana memaklumkan.
ReplyDeleteUMB molek sangat di bubar terus.