Harga getah boleh turun kembali.
Nasihat: Berjimat Cermat, Jangan Boros, Ingat Masa Susah dan Menabunglah
Nasihat: Berjimat Cermat, Jangan Boros, Ingat Masa Susah dan Menabunglah
Harga melonjak semula berikutan pelabur global sedar permintaan terus kekal
PENURUNAN harga getah global yang membimbangkan pekebun kecil di negara ini ekoran insiden gempa bumi dan tsunami di Jepun baru-baru ini, mula melonjak semula setelah pelabur global menyedari permintaan komoditi utama itu akan terus kekal kukuh pada masa akan datang.
Selepas mencatatkan harga tertinggi dalam sejarah dengan getah gred tayar SMR 20 mencecah RM17.17 sekilogram pada 18 Februari lalu, ia mula menunjukkan penurunan sebelum jatuh mendadak dengan mencatatkan harga RM11.83 sekilogram pada 16 Mac lalu.
Dengan penurunan sebanyak 31 peratus dalam tempoh satu bulan itu, ia menyebabkan sesetengah pekebun kecil merintih manakala sesetengahnya menyalahkan kerajaan dengan mendakwa kejatuhan berkenaan berikutan campur tangan kerajaan untuk mengawal kenaikan harga komoditi itu.
Namun, sejak minggu lalu, pekebun kecil kini boleh tersenyum semula apabila harga getah kembali meningkat dengan getah gred tayar SMR 20 mencecah RM15.32 sekilogram Jumaat lalu. Baca Lagi
No comments:
Post a Comment
Salam,
Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..
Wassalam...